Tuesday, March 11, 2014

Kembali mencari semangat..

Sudah agak lama saya menyepikan diri.. Sejak berakhirnya diet bulan Februari, saya 'mula' goyah pada hari pertama pada bulan Mac.. Namun saya cuba bina kekuatan pada hari kedua semula.. Nasib saya agak baik kerana jisim saya 68.2 pada hari ke 2 walaupun naik sedikit .. Memang padan pun dengan 'selera' makan cheat day saya pada 1 hb 3..

Namun pada 3 hingga 7 hb Mac.. Dunia DIET bagai lenyap daripada hidup saya.. Saya bagai hilang pendirian saya.. Segala jenis makanan menjadi pantang saya sebelum ini, saya baham atas alasan takut tak boleh fokus pada tugas sebagai HAKIM MSSD bahagian BALAPAN.... Mula2 saya cuba kuat..cuba amalkan pola pemakanan seperti bulan 2.. Namun bila memikirkan tanggungjawab berat sebagai hakim di kawasan penamat...saya terpaksa pejam mata pada DIET saya.. Saya kalau perut lapar, memang susah nak fokus.. Saya bimbing, kegagalan saya untuk memberi fokus akan menganggu 'kewarasan' saya menentukan pemenang no 5 dan 6.. Tambah-tambah lagi, kalau pelajar lelaki yang lari.. Memang mata perlu 'tajam'.. minda perlu fokus.. Walaupun bagi orang no 5 dan 6 macam tak penting tetapi hakikatnya kalau saringan, penting untuk tentukan ke final..Tambahan pula setiap pemenang akan dicatat dan direkodkan tak kira nombor berapa pun dia dapat..

Berbanding tugas mengajar di sekolah.. Tak makan berat pun tak apa.. Kalau puasa pun ok je kerana tenaga banyak dihabiskan pada lantunan suara dan gerakan tubuh yang biasa.... Jadi kehilangan tenaga sampai tak boleh fokus, memang setakat neh tak pernah berlaku.. kalau dahaga itu, perkara biasa ..Lagipun dalam jadual ada waktu2 tiada kelas mengajar.. boleh guna untuk rehat seketika... So tak ada masalah kalu DIET ketika di sekolah...

Sebaliknya kejadian pada 3 hg 7 hb Mac jauh berbeza.... Tempoh masa yang lama di padang dan di tambah dengan keadaan cuaca yang buat muka saya jadi perhatian di sekolah kerana 'sunburn' membuatkan saya perlu 'lupakan' DIET...Tanyalah apa yang saya tak makan dan minum.. Semua yang jadi pantang, saya telan.. Nasi? Air bergula? Bergas? KFC? Pizza?... Semuanya saya baham sesuka hati dengan alasan untuk tenaga...Akibatnya jisim saya naik mendadak sehingga pernah pada 8 hb 3, jisim saya mencecah angka 70.. Masakan tidak jadi begitu dalam masa singkat.. Makan tak ingat dunia... Jogging memang langsung tak la.. Mana taknya.. pukul 7.30 pagi ikut jadual perlu ada di padang.. Balik rumah pula ikut habis acara.. Paling awal pun 5 lebih..Balik memang penat tahap tak terkata.. Pernah jam lapan lebih lepas isyak..saya dah di alam mimpi..Paling lambat pun sbelum pukul 10....Bertapa 'teruk' rutin hidup saya waktu itu.. Makan macam balas dendam.. Jogging langsung tidak.. Akibatnya, saya rasa perut saya menggelebeh.. saya rasa tak fit..

Justeru pada 9 hb.. saya mula start langkah bersenam.. Awal pagi, saya 'dera' panjat BUKIT LARUT... Sebab kera.. Saya dan kawan hanya sampai di check point 55..ikutkan memang nak naik lagi tinggi.. Tapi khuatir kerana memikirkan si kera dan ditambahkan pula jalan tutup kerana pokok tumbang membuatkan kami khuatir tentang keselamatan ...Petang hari yang sama, saya memanjat lagi di tempat 'biasa', bukit DO.. Pagi Hari isnin dan selasa.. saya kembali lagi mendaki bukit DO... Biasa buat 20 pusingan.... Tapi untuk permulaan yang agak pancit, saya bagi 10 dlu...

Memang tak banyak perubahan tapi saya rasa badan kembali fit dan saya rasa cergas berbanding sebelum.. Tidur malam pun rasa nikmat kerana senaman..

Pengajaran yang saya belajar: Sangat susah nak memulakan semula yang kita dah tinggalkan walaupun sekejap.. Contohnya: Nafsu saya sekarang sedang memberontak nak makan nasi dan air manis.. Saya cepat penat bila bersenam...Sedangkan sebelum kejadian 3-7 hb... saya rasa ok je kalau bersenam lama dan tidak makan benda2 kesukaan saya yang mengemukan...Saya kini bagai berada di petak permulaan semula..kena bermula dari bawah kembali untuk latih diri saya berdisplin...

Saya agak cemas dengan misi bulan 3... saya tertanya2 mampukah dapat 60?? sekarang saya berada 68++.. Namun saya yakin bila baca motivasi dalam web kevin tentang kejayaan menguruskan badan  sebanyk 16.7 kg dalam tempoh 6 minggu.. saya lebih yakin apabila memikirkan hujung bulan 3 adalah cuti persekolahan.. Memang siaplah badan saya ...hihi....apa2 kita boleh merancang dan berusaha serta berdoa.. yang menentukannya adalah pemilikNYA.. Doakan saya...

Sunday, March 2, 2014

Berusaha


Saya percaya dan yakin pada kata-kata ini...


Tiada jalan pintas untuk berjaya .. Semuanya perlukan USAHA..
Begitu juga dalam menguruskan badan..

InsyaALLAH..doakan perjalanan saya untuk bulan ke 2..