Saturday, November 5, 2016

Bukan Mudah unttuk sihat kurus: Belajar daripada pengalaman

Sewaktu saya menulis ini, saya baru selesai seround senamrobik 30++ minit...fuh berpeluh setelah sekian lama tidak berpeluh dek kesibukan keje dan cuaca yang tidak mengizinkan saya bersenam di luar. Boleh dikatakan minggu ini workout saya agak jatuh terjunaman...Nasib tak baik...Keje dan keje...Hujan dan hujan.. Semak kertas peperiksaan yang bertimbun...akhirnya saya berlajar sesuatu..

Memang niat saya minggu ini, kurangkan workout.. Saya nak buat eksperimen..Mengkaji benarkah jisim saya boleh turun tanpa senaman, cukup sekadar jaga makan. Orang kata 80% kejayaan kurus adalah pemakanan..selebihnya senaman..

Ya, saya setuju.. meskipun tidak konsisten timbang dan catat bagi mengelak stress, saya akui saiz badan saya terutamanya perut dan pinggang terasa sedikit mengecil.. Seboleh mungkin sya jaga waktu makan dan jenis makanan yang masuk sehingga ke tempat kerja pun, saya bawa bekal.. Sanggup pergi cari bekas makan berbentuk mangkuk tingkat bagi membezakan bahagian untuk snek jam 10 pagi , tengahari dan snek petang seandainya saya terpaksa stayback hingga ke petang dek kerja yang bertimbun...dan memang tepatlah jangkaan...saya perlu bekerja lebih masa walaupun tak ada upah oti..tapi kerana fikirkan kerja yang silih berganti datang, saya perlu berkorban.

Walaupun ada terlanggar dan terbebas dengan godaan makanan tapi satu yang saya berkeras pada diri saya dari segi kuantiti dan waktu makan malam.. seboleh mungkin saya akan cuba makan selewat-lewatnya dalam 6-8 malam..Pernah terlalu sibuk berkerjaran menyiapkan kerja..jam sudah 8.30 dan saya masih di atas jalan..

Balik rumah, sudah beraneka juadah pasar malam di atas meja... Kalau ikutkan nafsu, sate, bakso, dan pelbagai lagi mungkin saya akan telan tapi mengingatkan matlamat...sebiji anggur sahaja sya ambil kerana saya tahu saya akan tidur beberapa jam lagi.. Selalunya 9.30 hingga 10.30 saya sudah mencari katil kerana bagi saya waktu tidur juga penting untuk kurus..lagipun badan saya sudah terlalu penat dengan beban kerja..

Alhamdulliah, memang ada penurunan..tpi satu sahaja yang saya nampak... Badan saya tak fit.. Walaupun saya sudah tidur...keesokkannya saya di tempat kerja setelah beberapa jam, mata saya macam nak tertutup.. Badan tidak bermaya.. Sampai rasa sekerja yang senior pun tegur ...Nak kata nutrisi tak cukup, memang saya rasa cukup kerana saya sangat  menjaga sarapan pagi.. air jangan cakaplah... Asyik berulang ke tandas..

Maka saya baru tersedar bila membuat perbandingan ..jika dahulu, walau dalam proses diet, badan saya tidak letih dan mengatuk...sebab?? saya sangat pentingkan senaman...Kalau tak buat hari itu..saya kasi double... tangguh lagi...siaplah..Jadi  tak nak kena denda..saya akan pastikan jadual workout dipatuhi... alhamdulliah fat saya bagus walaupun jisim saya tak berapa sangat(sebab tak jaga makan sangat) .. Saya rasa sangat cergas dan tak mengatuk...

Paling ketara, tadi sebelum aerobik saya sebenarnya sangat mengatuk... jalan yang saya ambik aerobik...Elok segar sahaja menaip ..maka untuk menyiapkan kerja lain, saya perlu senaman dahulu agar tak mengatuk..Di sinilah saya berlajar bahawa senaman bukan sahaja penting untuk kurus tetapi senaman sebenarnya lebih kepada kesihatan kerana membantu pengaliran darah ... Ikutkan konsep, darah ada sel darah merah dan berfungsi mengangkut oksigen.. Mungkin saya mengantuk ada kena-mengena dengan ini..

Kesimpulan.. untuk kurus..boleh jaga makan sahaja..tapi untuk kurus dan fit saya perlu jaga makan dan senaman...

*Ditulis oleh penulis yang satu ketika dahulu sangat benci dengan perkataan SENAMAN..tapi sekarang sangat suka hiking dan aerobik.. bermula dengan paksa, lama-lama kita akan biasa..