Monday, December 22, 2014

Resepi Kejayaan

Asas utama untuk berjayalah dalam misi menguruskan badan secara sihat adalah...

a) ubah mindset...
Percayalah kepada kebolehan diri.. Yakin diri mampu.. Kalau mereka berjaya menguruskan badan, mengapa tidak kita?? Ya, manusia itu berbeza.. tetapi peluang tetap serupa.. ukurannya di mana ada kemahuan di situ, letaknya usaha ... Maka, ubah mind set daripada zero become hero.. yakini diri, kita mampu untuk mengubah bentuk tubuh kita sendiri.. Manusia boleh bercakap apa sahaja tentang diri kita tetapi kita yang hakim penentu segala-galanya.. Ayuh, positifkan diri kita...Segalanya pasti mampu kita kuasai dengan izinNYA..

b) Berusaha keras..
Dah ubah mindset, janganlah hangat-hangat tahi ayam.. Tapi berusaha ke arahnya.. Malas?? Mengapa mencari alasan.. Orang berjaya mencari jalan, bukan terus dibuai alasan ... Kembali ingat pada mindset anda, pasti semangat itu akan datang berkobar-kobar.. dan jangan berlengah.. berlengah itu, jalan syaitan menjahanamkan misi kita.. Ayuh, kuat semangat.. Ingat hasil lumayan menanti kita...

Dah ubah mindset... dah keje keras.. perkara paling utama..

c) Jaga makan dan minum kita..

Dah usaha keras.. dah buang semua peluh sampai lencun badan. sampai bau masam badan, takkan nak   biar badan tambah balik lemak dengan makanan dan minuman kita.. Memang tak la kan?? Ayuh... rancang menu harian..Tip makan dan minum..

-sarapan pagi= ini WAJIB.. jika tidak metabolisme yang tolong bakar lemak akan menurun.. nak ker??? so jangan abaikan sarapan pagi... seeloknya ambillah yang kaya zat tapi kurang kalori.. contoh mudah.. makan oat.. sekarang dah banyak perisa.. saya yang anti sedunia oat pun dah boleh telan....saya yang original memang kelautan dalam tapi jenis coklat, memang boleh telan.. tak de keseksaan tapi kenikmatan.. perut kenyang dengan lama dah tidak meletihkan..

-Minum air masak= 1liter= 25 kg... agak malas nak bajet.. beli bekas, yang ada skala 2-3 liter.. melantaklah seharian dengan air tu.. Percayalah, air masak bukan sahaja bagus untuk kesihatan seperti melembapkan kulit, meningkatkan kecergasan.. malah mengekang selera makan.. kita jadi kurang nafsu makan..tapi kena rajin ke tandaslah ya.. tak pa untuk kebaikan.. buang benda-benda 'kotor'

-Kurangkan bergoreng dan berlemak: hal ini memang benar dan diakui saya sendiri yang berfikir, kenapa susah dan liatnya nak turun badan, walhal dah buat semua di atas.. rupanya 'bencana' makan bergoreng tidak dikawal...seeloknya, sup, bakar, merebus bangus.. sebab kurang minyak...

-kawal makan malam: jangan ada isitilah, saya tak makan malam.. itu silap besar.. wajib dan mesti makan tapi jangan melantak macam makan tengah hari pula.. cukup sekadar yang ringan dan mengenyangkan.. paling simple.. ambil buah.. agak rajin, bancuh oat.. lebih rajin buat air teh tanpa gula dan cicah dengan biscut (had kuantiti..3 keping sudah)...

-sebagai tambah... TEH HIJAU...dan buahan-buahan + sayur-sayuran jangan dilupakan... :)

Jadi.. tunggu apalagi.. manusia itu boleh berjaya ... pilihan terpulang padanya... 

-

Thursday, December 18, 2014

Azabnya mendaki bukit

Inilah pertama kali saya rasa azabnya mendaki bukit setelah lama tidak buat macam ini.. Ini baru 10 kali turun naik bukit.. dah rasa nak pitam.. malunya terasa apabila bersembang dengan mak cik umur 50 an dalam keadaan duduk kerana terasa nak pitam.. Mak cik tu steady je berdiri.. ALLAH... nampak sangat lama tak panjat bukit dalam kuantiti banyak...

Impian 30 round terpaksa dilupakan.. Kalau buat juga, memang pengsan dah kot.. Tadi pun beberapa kali kena duduk waktu sembang dengan mak cik tu.. terpaksa minta izin.. sebab dah tak tahan sangat..

Ini pengajaran yang sangat bermakna ALLAH bagi pada saya.. Sesibukmana pun, cuba curi juga masa untuk naik bukit.. bukan mudah nak bina stamina.. Dulu 20-30 round pun steady lagi.. tapi..sekarang... hmm..

Mungkin, saya perlu buat latihan seminggu untuk biasakan 10 round dulu.. perlahan-lahan tingkatkan bilangan.. Tapi kerisauan terasa mengenangkan meeting persekolah untuk sesi 2015 akan berlangsung tidak lama lagi.. Dugaan....

No.. bukan dugaan ..tapi cabaran untuk saya menyelesaikannya.. Think positive!!!

Monday, November 24, 2014

Kenapa sukarnya

Berkali saya sudah cuba untuk serius tetapi kecundang juga.. Sedih.. memang sedih.. Tambah pula memikirkan perjalanan masa yang semakin suntuk untuk saya kejar matlamat yang satu .. mencapai jisim ideal.. Letih saya memikirkan kekuatan diri saya yang hampir tiada ini..

Banyak persoalan bermain di fikiran saya.. 

a) Mengapa sukar untuk saya bertahan?
b) Susahnya nak tahan nafsu?
c) Susahnya nak kawal bahagi masa?
d) Susahnya nak kawal tekanan??

Ya.. memang susah.. kadangkala kita tiada pilihan dan terpaksa mengalah pada keadaan.. Tak apalah.. saya cuba untuk positif dengan perjalanan lalu.. Biarkan itu jadi sejarah.. 

Sekarang masanya mencari kekuatan.. membina semangat.. mengejar impian.. Baki masa tiada banyak lagi.. saya harus kuat kembali.. Jangan mengalah.. percaya dan yakin pada potensi diri.. 

Saya akan cuba mengapai impian yang satu...

My Aim..

Ya.. ikutkan macam mustahil.. Tapi saya tidak mahu negatifkan mindanya.. Saya perlu 'polish' dengan semangat dan keazaman bahawa saya boleh ...Yakin boleh..

Saya akan cuba buktikan pada diri saya ..bahawa saya boleh.. mampu untuk mengejar impian saya nampak 'terkubur'

insyaALLAH...

Jangan pernah mengalah....kekuatan sebenar kejayaan seseorang datang daripada semangat luar biasa dalam dirinya serta keyakinan dan sandarannya pada PenciptaNYA.. 

Yakinlah wahai diri.. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita dahulu... AYuh.. baik berjuang meskipun terpaksa 'merangkak' dahulu..tak apalah.. lama-lama akan pandai berjalan dan akhirnya mampu berlari riang...

Bersangka baik..itulah yang terbaik..


Friday, October 24, 2014

Terima kasih untuk layanan

Alhamdulliah.. saya sudah selamat berjumpa doktor gigi pagi tadi..
Jujurnya di sebalik gesaan mak dan rasa sakit yang tak tahan...
ada faktor lain yang buat saya nak juga pergi mengadap doktor gigi walaupun dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu ketakutannya..

Faktor yang paling penting adalah ugutan sahabat saya..
Dia cakap.. kalau saya tak pergi.. dia nak heret saya pergi ... 
sebab tu saya gigih juga pergi tadi.. kebetulan ..hari ini aje ..sebab esok dah Sabtu ..mesti klinik tutup..

Alhamdulliah layanan  jururawat di kaunter sangat mesra pelanggan....
Kurang sikit gugupnya.. tapi tetap berdoa tak putus-putus kerana belum mengadap doktor lagi..

Nasib baik ada tv.. tak bosan menunggu.. sambil tu.. jeling-jeling baby comel.. kebetulan klinik baby dan gigi dalam satu bangunan..syoknya ada anak...

Ok.. kembali ke cerita asal..jangan nak mengarut pasal baby pula..

Bila jumpa doktor gigi.. Alhamdulliah.. walaupun bukan doktor lelaki bujang yang hensem kacak bergaya dan baik.. tapi doktor perempuan ini pun kira A++... sangat baik... layanan pun bagus.. saya senang dengan dia.. Dia 'korek' gigi saya walaupun sakit juga tapi rasa 'terpukau' dengan kemesraan dia.. bt saya pejam mata je tahan sakit..

Kerana keberanian jumpa doktor dan keyakinan daripada doktor bahawa saya dah boleh makan tanpa rasa sakit.. maka saya bagi hadiah pada dirinya...

NASI .. LAI CHI KANG... PISANG, KARIPAP, KEK.. ahahaha...
Malam kita makan MAGGIE dan TEH..

okey...esk siaplah.. 30 naik turun bukit..




Thursday, October 23, 2014

Niat untuk cheat day besar-besaran

Hari ini ( 23/10/2014) ... saya mengaku  bahawa saya nak 'cheat day' besar-besaran esok hari  sebagai meraikan seminggu saya 'dikawal' ketat pola makanan..

'niat jahat' itu saya nak raikan dengan beberapa hidangan yang akan menambah kalori ... memang dah tahap nekad ...

Siap 'list' dalam kepala apa saya nak makan.. Di sini saya senaraikan:

a) Nasi + Ikan Patin+ Sambal kicap + Air ambra
b) Rojak Buah
c) Lai chi Kang
d) Nasi Lemak
e) Kek

Saya cuba bertahan hari ini tapi tak mampu bila mak beli fish chip untuk makan malam.. 

Fish chip tak salah.. yang salah:

a) Sos cili
b) Kentang goreng..

Semua ini mana boleh dalam atkin..

Alang-alang dah 'buat' jahat..saya makan 

Bubur mak... kek... ( Ini lagi tak boleh makan)...

Ok.. sedap.. tetapi sudahnya gigi saya yang beberapa hari macam tak sakit.. kembali sakit..waduh.. 

Nampaknya.. tinggal harapan je lah esok.. 

Saya ingat dah ok sejak makan menu diet beberapa hari ni.. memang tak sakit.. tapi rupanya.. bila bedal makanan yang 'terlarang' dalam atkin.. gigi kembali sakit.. paling ketara bila makan benda yang pedas..

Ok.. maka saya istiharkan.. esk kembali ke pangkal jalan.. Diet...
dan Esk jumpa doktor gigi..(mak dah bising sebab anak dia tak jumpa doktor lagi)

Doa saya.. biar doktor gigi yang rawat saya... 
Lelaki bujang yang hendsome.. baik.. alim..
sebab dalam banyak2 doktor ....saya TAKUT SANGAT dengan DOKTOR GIGI...
sejak zaman sekolah... memang paling ngeri dengan benda neh..

so saya harap doktor yang rawat saya seperti di atas supaya saya bersemangat nak dirawat dan tak ngeri jumpa dia ... 

insyaALLAH.. harap kalau betullah terjadi.. ada batasan rawatan mengikut agama..

Dugaan membuahkan hasil

Semalam hampir 'tergadai' diet saya gara-gara terlalu teringin nak...

Lai chi Kang... 

Memang dah lama teringin....dan semalam teman mak makan..memang ada air tersebut... Memang nak 'order' dah ..dan dalam hati niat utk 'cheat day'.. tapi kebetulan agaknya, di kaunter gerai itu tiada penjualnya....

Saya kembali mendapatkan mak.. Saya kata nak ke tandas.. Tapi mak cakap tadi, dia dengar ada orang kata x ada air.. Aku terkejut.. 

TAPI dalam hati memanjatkan rasa syukur.. Mungkin kebetulan agaknya.. ALLAH nak tolong saya.. air tandas tak ada menjadikan saya sudah 'hilang' selera nak minum lai chi kang.. Takut nanti jadi 'kecemasan' pula..

Alhamdulliah.. dugaan itu menjadi sya gembira melihat penimbang hari ini... 62 kg sudah.. :)

Doakan saya untuk terus konsisten kepada misi saya.. Sekarang ini.. dugaan makanan dan minuman makin menjai-jadi...

Tuesday, October 21, 2014

Perjalanan bermula

Buat sekian kalinya.. saya nekad sekali lagi untuk mencapai misi saya yang masih belum tercapai hingga kini iaitu jisim 55 kg.... Tahun 2014 yang sudah ke fasa 3.. membuatkan saya agak kecut perut juga.... tambah bila teringat 'mission' tahun 2014

My Aim..
Saya perlu kembali ke panggal jalan.. Kembali ke semangat bulan 2 yang mana saya berjaya hapuskan angka 70 an dalam penimbang.. kali ini saya perlu hapuskan pula angka 60an... Syukur semangat itu datang kembali.. Hari ini sudah masuk hari ketiga saya cuba untuk kuruskan bdan.
LilySlim Diet days tickers

Sehingga ini.. inillah hasilnya

LilySlim Weight loss tickers

Jauh lagi perjalanan... Meskipun waktu 'graduasi'.. macam lambat lagi...
Daisypath Graduation tickers

tapi pengalaman lepas mengajar saya bahawa.. proses kurus tidak berlaku dalam masa yang singkat.. perlukan masa.. Maka saya perlu peka pada setiap masa yang ada.. 

Doakan saya mampu untuk mencapai hajat di hati...

Tuesday, August 12, 2014

Atasi Perut buncit

Salah satu bahagian yang paling susah nak kurus adalah PERUT...

Perut buncit bagaimana mengatasinya?


 sampai sekarang aset ini masih  'membukit' ...stress tau bila tengok di cermin.. Lagi stress bila cuba pakai baju..Bahagian inilah paling lambat nak menyusut...huhu.. so saya pun buat kajian...nah tips daripada pak cik google ...



a) elakkan liposuction, pil diet dan diet ekstrim (nie yang mak abah maksudkan kot)
liposcuton=sedut lemak: menyebabkan pendarahan dalaman
pil diet=memberi kesan pada sistem dan mungkin dihasilkan dr bahan yang x sah..(jom elakkan.)

b)makan oat (alhamdulliah dah boleh telan oat pak cik yang pakai topi tu..)
oat=rendah lemak, rendah karbohidrat yg x baik, rendah kalori tinggi
Paling best: oat byk nilai nutrisi.

dengar cerita oat ini bagus untuk kurang kolekstrol*amb dgn madu@ buah2an

c)makan serat, buah-buahan segar, brokoli, lobak dan tomato harus dimakam..
-bagus untuk hilang lemak di perut sebab  tidak mempunyai banyak nilai kalori..tapi banyak serat, mineral & vitamin.. serat menurut pembacaan saya bagus kerana menyebabkan kita cepat kenyang...

d)makan dalam jumlah yg kecil
4-6 hidangan sehari..utk meningkat kadar metabolisme.. skali melantak janganlah sampai 2 pinggan.. cukup sekadar hidangan kecil...contoh: pagi 0at, pukul 10: dessert sayur, tengahari; ayam seketul.. petang: sup.. malam: oat..

e) senaman
sekurang- kurangnya 3-4 kali seminggu.. cuba buat.. saya dulu pun memang tak suka langsung.. tapi sejak terjebak, saya rasa badan lebih ringan dan segar..

f) buat target
-motivasi diri... terutamanya di saat kita putus asa...inilah 'senjata' paling hebat saya rasakan..


g) makan pisang, anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun dan buah zaitun serta 100% serat:
-membantu ke arah penurunan jmlah lemak di perut.

Monday, August 11, 2014

Ini kisah kurus saya

Kisah yang saya bawakan ini tiada kena-mengena dengan sesiapa.. sekadar satu perkongsian.. Maaf jika ada yang terasa.. saya tidak berniat sebegitu ...Maafkan saya ...saya sekadar mahu berkongsi apa yang saya lalui dan rasai sebagai satu titik pengajaran buat insan kerdil seperti saya yang selalu alpa, kurang konsisten dalam titik perjuangan.. Harap bersabar membacanya...

Kisah ini mengingatkan saya pada sejarah kehidupan saya dengan jisim obesiti saya.. Dahulu, saya tidak pernah mahu ambik peduli jisim saya berapa, baju saya pakai apa, makan saya apa.. Semua itu saya tidak kisah.. Kata-kata caci makian manusia sekeliling yang menusuk kalbu, saya pura-pura tidak ambil kisah walaupun ada yang melekat sehingga sekarang.. Nasihat dan teguran meraka yang sayang saya, bagai mencurah air ke dalam keladi.. untuk apa kurus?? entah.. tiada kepentingan kot.. Nak kena senaman.. ishk.. buang masa aje.. Control makan??? eee ruginya.. Rezeki itu.. Sayalah 'tong sampah' keluarga.. penghabis makanan.. Bagi saya membazir biar makan tidak habis.. 

Malah tidak dinafikan.. saya pelik melihat manusia sekeliling yang bersungguh-sungguh nak kurus badan.. Sanggup tahan nafsu makan.. eeee.. ruginya.. Baik saya makan.. boleh tambah 2-3 pinggan.. kalau diet, nak makan 1 pinggan pun ragu-ragu... sungguh..sangat rugi!!!!!


Namun entah apa yang merasuk saya... tahun 2013 bulan mei, pasti saya kenang sebagai satu anjakan baru dalam hidup saya... di sini saya tergerak hati untuk mencuba menguruskan badan.. Susah kot.... no rice.. no sweet...no junk food... Namun tekad saya sangat kuat waktu itu... Segala caci maki dahulu, saya jadikan pemangkin.. Paling penting, saya nak buktikan saya boleh kuruskan badan....Aim saya, kenduri abang....

Sengsara??? agaklah.. manusia yang makan nasi 2 pinggan sekali makan.. minuman manis jadi kegemaran...junk food jangan cakaplah.... nugget, sosej, bebola... semuanya balun...Senaman?? itulah paling azab.. tak pernah tau saya bersenaman sebegitu sekali... Naik turun bukit yang paling berbekas di hati saya... susah...perit.. Namun alhamdulliah.. tak banyak tapi bolehlah daripada angka 7 ke angka 6 puluhan...

Kemudian rentak saya punah sebaik kenduri abang.. semuanya switch off kerana saya makan nasi.. eeeee...teruknya... saya cuba beberapa kali untuk diet semula thun yang sama tapi gagal dan terus gagal.. makin hari jisim naik dan naik...

Sudahnya sekitar bulan februari 2014...saya timbang, 72.7 kg... mulalah saya gabra bila niat nak kurus berkobar-kobar.. saya buat kiraan BMI... sah obesiti...maka saya mula tak tentu arah dan mula nak cari jalan pintas.. niat nak beli dah produk2 kesihatan... aim nak kurus cepat.. ahahaha... Sembang dengan mak abah...mak abah tak benarkan... mereka kata baik turun secara normal... down masa tu.. saya tak minta duit mereka tapi saya perlukan sokongan mereka...

Tapi saya tahu mereka sayangkan saya.. Mereka kata, takut sakit buah pinggang... saya pun buat google search.. Baca dan membaca sampai saya faham tentang kurus secara sihat... Ya saya dah punya kekuatannya.. Dari situ saya nekad untuk kurus secara sihat....sekitar bulan 2, saya pulun untuk kurus tetapi banyak sebenarnya kekangan kerana pada waktu itulah saya sangat sibuk dengan urusan kerja saya....waktu itulah banyak program sekolah... saya tidak terlalu strick soal makan janji jangan junk food... lain layan.. senaman, buat macam biasa.. alhamdulliah 67.6kg saya berjaya capai untuk bulan 2...Masuk bulan 3.. masih ok tapi prestasi agak merundum kerana masa workout saya kurang atas faktor jadi pengadil MSSD..bulan 4 dan 5... semua kelaut.. Namun nasib baik masih 60 an.... 

APabila bulan 6 menjelma... saya nekad untuk diet bersungguh2.. motif???? adik kata, saya kurus.. dia bagi hadiah baju... tapi saiz M.. baru raya tau.... dah 2 tahun dia offer... tahun ini last year.. ahaha.. jadi saya nekad... semua saya balun makan .. senaman??? memang intensif.....target 60 tapi dapat 66.6kg untuk permulaan 67.5 kg.... sikit je turun.. mungkin banyak telan air manis dan nasi..

Kemudian bulan 7.... bulan ramadhan saya teruskan misi saya...kali ini saya kena jaga portition makanan saya sebab saya kurang workout untuk simpan tenaga bagi kerja di sekolah.. tapi ada kudrat.. layan gak workout..tapi tak kerap.. Alhamdulliah 63.1 kg saya capai last saya timbang 25/7/2014 sebab selebihnya saya di kampung.. penimbang tak bawa...he222

Sepupu2.. mak2 sedara semua 'terkejut' tengok saya.. macam baru keluar dari alam baru.. ahaha.. macam2 soalan ditanya... macam mana saya boleh jadi kurus.. tapi saya senyum je sebab hakikatnya aim saya untuk 55 kg tersasar jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

tak apa.. bulan 8, bulan 3 untuk fasa 3... saya teruskan misi saya...kini saya dalam proses nak cuba diet atkins.... doakan saya kawan22.... tak sabarnya nak tahu result 30 hb nanti...

Sunday, August 10, 2014

Cheat day 1/2



Hari ini saya buat cheat day separuh hari bersesuaian dengan tidak pergi workout pagi akibat kekangan..

Cheat day 1/2 hari ini saya pergunakan sebaik mungkin untuk 'membaham' segala jenis makanan dan minuman yang tidak dibenarkan dalam diet atkins...

Bermula dengan nasi goreng, kemudian kuih raya, kerepek, burger separuh, keropok, coklat dan air kopi bersusu.. mari kita lihat resultnya esok.. ahaha

Saja nak test pe terjadi... saya suka belajar dari pengalaman.. bagi saya selagi saya tak lalui sendiri apa yang teori cakap, macam tak cukup lengkap.. 

apa-apa pun bagi saya diet atkins neh memang menguntungkan... cepat betul jism saya turun.. tadi timbang dah 61 lebih.. baru dua hari... ahahaha... kita tengok kesan bila makan tak terkawal... Moga insaflah esok...

Saturday, August 9, 2014

Hasil dapat Pertama Atkins..

Alhamdulliah.. selamat sudah menjalani hari pertama diet atkins..
hmm.. banyak cabaran..
Antaranya SOS dan KICAP...


boleh dikatakan inilah kesukaan saya..terutamnya kicap..
Pantang makan, pasti mesti ada KICAP..

tapi dalam atkins.. kedua-duanya TIDAK DIBENARKAN..
inilah pertama kali saya perlu mengelak..

kalau NASI, AIR MANIS/ BERGAS, JUNK FOOD dah sudah imune kalau tak makan.. tak berapa kisah sangat.. sebab memang dah beberapa kali melalui test ini.. boleh terima kalau tak makan..

tapi kalau bab SOS dan KICAP.. aduh.. first time..
sampai nak beli ayam dinding pun dok berkira-kira dia letak kicap ker tak ... ahaha..
sudahnya tak beli..

Akibatnya, kena masak sendiri..
Time masak.. sup ayam dan sayur brokoli... saya yang terbiasa bubuh kicap dalam masakan, rasa takut-takut gak jadi pada masakan kali ini.. tapi nak buat macam mana dah tak boleh makan kicap.. layan jelah..

sudahnya tengok makanan macam resepi untuk orang sakit.. ahaha.. 
tak apalah.. sesuailah dengan orang yang masak yang tengah sakit akibat jirim berlebihan .. keh2..
Nasib baik rasanya boleh ditelan.. tapi tak taulah untuk adik..
saya sudah terbiasa makan dan minum tidak bergula sejak berdiet.. tapi adik??? hmm harap dia telan jelah tanpa sebarang komen.. 

Friday, August 8, 2014

Air dan Gemuk

Satu perkara yang saya tidak dapat lupakan tentang 'kepandaian' saya adalah tentang kaitan air masak dengan kegemukan.. bila diingatkan kembali 'kepandaian' itu, saya rasa nak tergelak dengan andaian yang saya buat berdasarkan rasional pada nilai penimbang...

Pernah satu ketika.. saya berandaian bahawa kalau kerap minum air masak iaitu air kosong, jisim akan bertambah.. Kenapa saya cakap begitu? 

Sebabnya, bila saya minum banyak air masak mesti jisim saya bertambah sampai buat saya stress, panik dan takut nak minum air masak.. Akibatnya terbitlah andaian 'kepandaian' saya bahawa minum air masak akan gemuk.. ahahaha.. Lantas, saya hadnya isipadu air masak.. 

Nak tahu apa jadi??

1) Saya jarang ke tandas
2) Sesi membuang air besar tidak senikmat jika saya minum banyak air masak..
3) Fokus dan tumpuan saya agak kelam kabut (mungkin minda kurang segar)

Inilah padahnya kalau ikut suka hati buat kesimpulan sendiri.. Namun daripada situ saya mengkaji dan membuat banyak google search dan menelaah buku kesihatan... Rupanya saya silap besar... Langsung tak betul sangkaan saya bahawa minum banyak air masak akan menyebabkan gemuk...Memang betul-betul jauh terpesong....

Daripada maklumat yang saya peroleh, rupanya minum banyak air masak dengan kadar yang betul akan memberi banyak kelebihan..

Pertama: KERAP BUANG AIR KENCING.... 

Nampak macam negetifkan.. Lagipun mana larat nak berulang alik ke tandas.. itulah saya rasa pada mulanya tetapi rupanya itulah KELEBIHAN yang selama ini saya sangka KEBURUKAN...ahahaha.. Membuang air kencing dengan lebih kerap kerana faktor kita kerap minum air masak merupakan langkah BAGUS untuk KURUSKAN BADAN... Kenapa??

Rasionalnya.. bila kita ke tandas dan membuang apa yang penuh di tangki pundi kencing kita, sebenarnya kita sedang membuang benda-benda yang tidak diperlukan oleh badan iaitu GARAM.. garam inilah punca kita GEMUK.. jadi langkah untuk singkirkannya adalah dengan membuangnya melalui air kencing.. So, semakin kerap ke tandas, maka semakin banyaklah kita membuang benda-benda yang menyebabkan kita gemuk.... Nampaknya kontranya dengan tanggapan saya..he2..

Justeru minumlah air masak dengan kerap... Ikut kajian saya, ukuran isipadu air masak yang diperlukan badan bergantung pada jisim badan seseorang.. Secara puratanya 

1 liter air masak= 25 kg

Jadi kalau saya yang jisimnya 63 kg = so saya kena minum dalam 2 lebih liter dalam SEHARI (bukan sekali teguk!!!)

Suka saya nak share di sini.. saya dapat rasakan sendiri kelebihan air masak yang 0 kalori ini..
selain saya kerap ke tandas..banyak perubahan lain, antaranya:

a) Kurang nafsu makan
b) Tidur yang lena
c) Lebih fokus waktu bekerja
d) Badan rasa sejuk (suhu badan terkawal)
e) Jimat duit ( bawa dari rumah)

Jadi saya nak ajak kawan-kawan untuk sama-sama minum air masak... bukan susah pun... masak sekejap je pun.. :)))


Perlukan perubahan



Hari ini 8/8/2014... saya akan cuba pahatkan semakin tarikh yang akan saya kenangkan sebagai tapak permulaan saya berdiet ATKIN.. saja nak test akibat agak kecewa dengan prestasi seminggu yang telah berlalu..

Jujur.. diet seminggu saya agak 'rongak' sedikit..bermula dengan kuih raya yang boleh dikatakan hari-hari saya mengadap kerana takut kuih akan rosak kalau dibiarkan... sya rasa itu juga menyumbang kegagalan penurunan jirim saya.. kemudian diikuti tarikh 6/8/2014.. saya makan MARRYBORWN..atas tiket lapar dan tidak ada pilihan lain kerana tidak biasa dengan tempat baru (tak tahu di mana foodcourt).. saya akhirnya tewas pada junk food.. 

Semalam.. sejarah makin teruk..

Makan kuih, perkara wajib.. Malam itu, saya ingat tak nak makan berat... hanya nak makan kuih.. kemudian, mak mendapat panggilan sedara nak datang...Maka, abah bercadang mahu ajak sedara makan di  luar.. saya yang tak nak makan, tiba-tiba berubah fikiran dan 'terorder' mee bandung.. tapi abah sarankan supaya ikut bersama sebab takut balik lmbat.. saya pun rasa eloklah macam tu sebab dengan sedara.. saya pun setuju.. 

Lain yang dirancang.. lain pula jadinya.. tiba di rumah sedara saya tumpang, tuan rumah pelawa masuk dan susprise.. NASI LEMAK...TEH O ...nak ker tak nak.. nak ker tak nak...mula keliru.. kalau saya ambik, memang saya betul-betul jahanamkan DIET saya sebab dua benda ini yang saya berjaya tahan setakat 7 hari.. Nasi dan minuman manis..

Apa tindakan, kalau tuan rumah sendiri tolong letakkan nasi dalam pinggan, tuang air dalam cawan dan hulurkan pada kita????? Apa korang akan buat???

Hati dah berdetak tak menentu tika tu...Tiba-tiba rasa menyesal pula ikut.. Makan telur goreng kat rumah pun tak apa..tapi saya tiba-tiba bermuhasabah... PASTI ada HIKMAH...
demi menjaga hati tuan rumah yang rupanya ada kaitan dengan mak abah, saya menelan apa yang diberi.............................................................

Menambah hari malang DIET saya.. abah ajak ke gerai makan pula dengan alasan dia gusar tetamu belum kenyang... sampai di kedai...saya order nescafe.. alang-alang dah jahanam.. JAHANAM teruslah diet tu.. ahahaha.. ishkk... rasa teruk betul.. 

Akibatnya jisim saya jadi 62.8 kg dari 62.6kg.. walaupun orang kata alah 0.2 kg juga tu tapi bagi saya sedikit atau banyak tetap naik.. tu yang sedih...:((((

So hari ini saya nak nekad untuk buat atkin.. biar BERDISPLIN....

doakan saya..

Sunday, August 3, 2014

Esok Start Workout

Esok dah perlu mulakan  workout.. Tak boleh tangguh-tangguh dah.. kepala macam dah migrain.. Fokus makin hilang.. tidur pun kurang enak.. ...

Walaupun pemakanan dah kawal tetapi masih belum rasa keenakan pada stamina tubuh.. so kena berubah rajin workout lepas neh..

Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang
Cyoik2..cyoik2...

Friday, August 1, 2014

1/8:Cabaran Nasi Lemak

Pagi-pagi lagi dah dihidangkan dengan cabaran luar biasa... 
Nasi Lemak

NASI LEMAK!!!!
Terancam diet saya bila bau nasi lemak abang ipar..
Lebih terancam bila mak beli lebih....
Ishk.. dugaan besarnya...
Favourite food pula tu..
Dugaan..

Tapi saya cuba kuat semangat..
Alhamdulliah setakat neh masih bertahan...
Semoga terus bertahan...
No rice please..

Doakan kejayaan saya..:))))))

Thursday, July 31, 2014

teruskan perjuangan

Alhamdulliah.. sudah berlalu usaha ke 2 saya untuk menguruskan badan... selama dua bulan saya bertarung tetapi pantangnya tidaklah seteruk mana sangat.. Semua makan tetapi dalam bahagian kecill.. Saya perlu jaga stamina terutama bulan ramadhan.. Memang tak banyak yang berubah.. Maintain 63 kg.. tak apalah tersasar jauh dari aim 55 kg.. tapi saya puas dengan permulaan 67.5 kg.. 

Rata-rata ramai yang terkejut terutamanya saudara mara di kampung belah mak.. Saya tengok angka macam tak banyak berubah tapi reaksi mereka macam saya dah kurus sangat...Pelik gak.. Ramai persoalkan kenapa saya boleh jadi macam neh.. Sampai mereka bengang kata saya suka mengalih cerita.. ahaha.. Sebenarnya malulah bila orang tegur kita kata kurus.. Mak cik-mak cik, sepupu .. paling tak sangka lelaki tak kira spupu mahupun bapa sedara pun tegur.. Ishk... malu saya dibuatnya... Padahal melantak boleh tahan gak..

Apa-apa pun ini sebagai motivasi baru saya untuk kembali ke azam seterusnya.. Banyak lagi yang perlu diperbaiki terutamanya tang perut.. Sepupu lelaki dan perempuan siap bagi tip lagi untuk kurus perut.. katanya kena rajin buat sit up.. siap buat demo.. Maklumlah atlit sukan judo... patut perut diorang kempis.. Katanya diorang kena buat 100 kali setiap kali latihan...mak ai... dah try tadi.. sekali buat pun sakit...

InsyaALLAH saya cuba positifkan diri... mak cik sya kata.. dia nak bagi hadiah cincin kalu saya boleh pakai S... ahahaha.. due date, raya tahun dpn...insyaALLAH sya buktikan bulan 12 neh.. dah boleh pakai.. tapi azam kena kuat sebab tahun neh raya dengan saiz L.. kalau tidak XL je memanjang.. so jauh lagi untuk capai saiz S.. kena jadikan baju akak saiz S sebagai motivasi...

kemudian saya usik pula  mak cik saya yang saya rapat juga... saya panggil Mak Yang.. nak bagi hadiah apa kalu boleh kurus lagi?? Dia gelak-gelak.. saya tanya dia lagi, nak bagi apa... dengan senyum kata nak bagi SUAMI...erk.. main-main pula.. saya tanya lagi.. nak bagi apa? dia kata, betullah.. nak bagi SUAMI.. ceh, nak kenakan oranglah tu...

apa2 pun.. lepas neh kena ubah dah jadual makanan, minuman dan latihan... dah nak masuk bulan 8.. aim terbaru saya.. harap-harap kuat semangat....


Sunday, July 20, 2014

Tekaan Saiz

Dua kali post.. dua kali cerita sedih.. hari ini versinya kontra sedikit.. Cerita tentang semalam.. Semalam sebaik habis berjogging (aktiviti ringan), saya menuju ke pusat bandar.. tujuaannya nak ambik duit dan membeli majalah favourite, rapi dan i-sihat.. kebetulan jalan ditutup sebab aktiviti berniaga sempena nak raya... tak kisahlah sebab dah set dalam kepala.. parking mana-mana pun tak apa.. lagi jauh lagi bagus.. boleh senaman.. he2..

Dalam perjalanan nak ke bank.. singgah sebentar ke bazar hari raya.. adalah beberapa kedai yang sudah mula operasi..kaki ini lebih tertarik pada kedai yang jual baju..ahahaha.. masuk satu kedai.. tengok macam cantik aje baju yang gantung.. sentuh dengan tangan... okey, tengok harga pun cantik....

jurujual ada cakap sesuatu tetapi saya tak fokus waktu itu tetapi melihat pada reaksinya yang mencari-cari baju di tempat saya sedang membelek baju, saya dapat membaca niatnya.. mesti dia nak cari saiz untuk saya.. saya pun layankan aje...saya pun agak mungkin tadi dia cakap saiz besar pun ada.. sebab selalu kalau saya  nak beli, mesti jurujual akan cari saiz besar untuk saya.. saya pun diam memerhati.. nak tengok saiz apa dia nak keluarkan ... saya tak bagitahu pun saiz apa saya pakai....

tiba-tiba  dia tarik keluar satu baju.. dia tunjuk pada saya..saya tengok angka ...saiz 40... saya bab angka neh memang tercengang-cengang sikit sebab selalu main dengan xl, l, m aje...saya pun tanya dia .. 40 neh saiz apa.. (saya pakai xl sebelum sesi menguruskan badan)...

Dia pun jawab... saiz M... SubhanaALLAH.. selama hidup saya, inilah pertama kali orang kata saya pakai saiz M...erk macam mimpi pun ada...tak terkata perasaan saya ketika itu bila orang luar boleh jangkakan ukuran badan saya.. Maka tak silaplah saya boleh pakai jubah saiz M... saya ingat sebab selalu test, jubah yang tak muat tu boleh muat.. rupanya memang saya dah boleh pakai saiz M.. hai macam mimpi pula.. dulu XL.. sekarang M...


Jubah di bawahlah, baju yang pertama kali saya beli saiz M... sebagai sumber inspirasi.. mencabar diri.. dulu nak masuk pun tak boleh.. sekarang alhamdulliah..



Masih jauh lagi perjalanan saya.. saya target saiz S pula.. tetapi fokus utama untuk angka 60kg dlu. yang lain belakang kira dulu... doakan perjalanan saya dipermudahkan...

Saturday, July 19, 2014

Kesilapan diet

Sesi menguruskan badan banyak mengajar saya tentang erti perjuangan masa, kesungguhan dan kesabaran... Saya belajar bahawa memang kita perlukan MASA untuk kuruskan badan... di sinilah, kita diuji dari segi kesabaran dan kesungguhan... bagaimana kita bersabar melawan hidangan yang sedap lagi menyelerakan... bagaimana kita sabar melihat angka penimbang yang macam anti nak turun....

Dari segi KESUNGGUHAN.. saya melihat dari segi disiplin makan dan senaman...Bagaimana kita bersungguh mengawal makan dan melakukan senaman... begitu juga bagaimana bersungguh kita untuk disiplinkan diri dalam soal tidur...

TIADA JALAN PINTAS untuk KURUS...
Matlamat harus kuat.. baru datangnya MASA, KESUNGGUHAN dan KESABARAN...

Sebelum ini saya tertnya2, kenapa saya gagal dalam menguruskan badan???? Kenapa orang lain senang je nak turun...


KETAHUI KEPERLUAN NUTRISI DI USIA EMAS

Alhamdulliah.. pengalaman ini mematangkan saya untuk bermuhasabah diri...Berkat Bulan RAMADHAN..dalam 2 hari saya sudah ketemu jawapannya...

Dua perkara yang saya rasa kegagalan penurunan jisim saya:

a) Tempoh tidur yang kurang:
Saya akui bulan Ramadhan.. waktu saya tidur agak kurang... kadang2 pukul 12 baru tido.. esk pukul 4-5 dah bangun.. Saya fikir, xapalah sebab Ramadhan.. normallah.. Satu hari, iaitu hari saya stress dan tak nak pikir apa2.. saya tidur awal .. kira 9.30 malam saya dah di alam maya...dan agak menanjubkan bila saya timbang bangun esknya iaitu 4.20 pagi.. jisim saya 63.2... selalu main kot 63.5kg.. sudah beberapa hari statik dan dengki dengan saya..hari tu boleh pula dia turun walaupun tak banyak..

b) Banyak terlalu banyak  jenis lauk:
Bukan dari jenis kuantiti lauk.. tetapi jenisnya.. kadang-kadang saya makan 4-5 lauk dalam 1 pinggan... masakannya pula berbeza.. ada goreng, ada masak lemak, ada kari...ada sup..saya memang sudah terbiasa makan banyak jenis lauk.. macam satu habit.. semalam saya mendapat ilham.. saya berbuka di sekolah.. sekadar mengambil nasi, lauk kari dalca sedikit dan seketul ayam.. nasi memang sesenduk aje... timbang pagi tadi.. dah 62.6 kg dari 63.2 kg... akhirnya saya boleh ucapankan selamat tinggal kpd angka 3...dengan syarat.. hapuskan air manis..

Syukur atas kesedaran yang ALLAH kirimkan... makin bersemangat nak turunkan lagi jisim.. 60 kg jadi sasaran... AMIN...

Thursday, July 17, 2014

Bukan Mudah untuk kurus

Sudah lama rasanya tidak post sesuatu hari.. Alhamdulliah.. hari ini diberi kesempatan  untuk meninggalkan sesuatu di ruangan yang agak sepi daripada sebarang nurkilan lantaran kesibukan mengejar latihan anak murid yang tak pernah habis... 

Hari ini dan di waktu ini.. setelah siap mengemaskini serba sedikit rekod prestasi pelajar di komputer, rasa nak luahkan apa yang sudah lama terbuku di hati ini... Kisah saya mahu kurus..

Sebelum terus kepada sesi luahan rasa... rasa elok saya perkatakan dahulu tentang perkembangan terkini jisim saya.. 2 bulan saya cuba diet (due date 31/7/2014) dengan permulaan 67.5 kg pada 1/6/2014... tiada banyak yang berubah angka.. Target untuk capai BMI normal nampaknya macam kirim salam ajelah...huhuhu.. Realitinya saya agak kecewa dalam usaha mengejar nilaian 55 kg dan di sini saya belajar bahawa SANGAT SUSAH untuk KURUS.. KURUS = MASA... it's take long time journey... Maka saya sangat respect mereka yang boleh turun dengan cepat... 

Hari-hari saya pantau jisim saya.. Selalu saya kecewa.. sedikit sahaja ada bahagia melihat angka penimbang... IT VERY HARD... sebelum puasa, aim saya nak buat workout all out... Pernah sekitar 5 jam saya bersenam...kemudian menganjak ramadhan saya kurangkan kerana perlu simpan tenanga untuk mengajar.. tetapi ada masa saya curi2 juga bersenam.. Bila bersenam... bukan semudah yang disangka tambah apabila SUARA ada nadi seorang pendidik.. Balik kerja, mesti nak baring seketika..tak tahan melayan kekeringan air..Tuhan sahaja yang tahu..

Rasionalnya 8 kg perlu saya buang untuk 2 bulan tapi saya bantai aim untuk 12.5 kg untuk berat ideal.. Setakat hari ini.. nilainya bermain 63.5 an...total saya kurang... 5 kg dengan baki masa 2 minggu lagi.. Sangat susah..

No pain no gain... YES!! banyak saya perlu korbankan... nasi pun ambik sesenduk ... nak minum air manis lebih macam orang lain pun, terpaksa tahan... Kadang-kadang teringin nak teguk macam dulu-dlu.. tapi saya terpaksa tahan dengan 1-2 gelas.. beberapa kali je 3 gelas.. lepas tu menyesal...hmmm..Last-last terpaksa kawal dengan air masak dan teh hijau... Sangat susah... Nak telan kuih pun, otak berfikir kuantiti... makan pun ikut syarat rasa sebab teringin...

Sekadar satu peringatan untuk diri supaya JAGA JISIM.. jangan bagi naik...bukan mudah nak pujuk hati ... kawal nafsu makan.. buang MALAS nak bersenam.. kena rajin MINUM AIR MASAK dan TEH HIJAU... kena naik bukit, lompat bintang, squart, senamrobik.. semuanya kerana nak turunkan jisim... itupun nilaiannya tidak sebanyak mana...

Bermula angka 66.. kesukaran saya sangat LUAR BIASA... susah nak hapuskan angka 6 jadi 5... berhari-hari...begitu juga 4 dan 3... sekarang 3.. dah lebih seminggu.. masih statik... Sangat mencabar kesabaran, keyakinan dan kesungguhan... tolonglah lepas ni jangan sesedap hati naik dengan MUDAH,, tolong ingat pertarungan yang telah lalui selama ini....

Saya tidak mahu push diri saya dengan baki hari yang ada... cukuplah saya dapat ke 60 pn tak apa.. lepas raya kita pikir strategik lain..

Jadi saya dah rangka
 sebelum raya: 60 kg
sebelum akhir bulan 8: 55 kg
sebelum bulan 10: 45 kg

Doakan yang terbaik untuk insan lemah ini...

Monday, June 23, 2014

Hari 22




Alhamdulliah.. sangat happy dengan pencapaian hari ke 22.. Aim untuk 1 kg 1 hari.. berjaya dicapai.. syukur.. sudah muncul 65 pada penimbang.. Namun tidak sepenuh yang dirancang.. Bila dilihat dan di analisis macam tak percaya boleh bertahan senaman 5 jam..

30 minit = senamrobik selepas Subuh..

3 jam= naik bukit 30 pusingan... larian anak 1 pusingan.. 2pusingan taman tasik.. senaman perut 3 round..cukup untuk sesi pagi...

1 jam 30 minit= 20 naik turun bukit sesi petang..

Benarlah orang kata.. kuasa dalaman ini luar biasa.. Bila kita berjaya menguasainya.. benda yang pelik dan mustahil pun boleh dilakukan... Syukur kerana diberi kelapangan masa, kekuatan dan keinginan luar biasa..

Perjalanan masih jauh lagi... Hari ini, kembali berkerja... hasrat 1 kg 1 hari tetap diteruskan.. bersangka baik sahaja dengan keadaan kerana masa untuk senaman sedikit tersekat.. Kawalan makanan dan psikologi memang perlu mantap tika ini.. Doakan ya :)

Sunday, June 22, 2014

Perjalanan Minggu ke 3


Sudah cukup 3 minggu kiranya semalam saya dalam tempoh diet yang KURANG EXTREME...cuba untuk lebih berdisiplin tetapi entah mengapa percubaan minggu ke 3 GAGAL di pertengahan jalan.. Mungkin TERKEJUT dengan berita kehadiran KPM... atau beban permulaan kerja??? hmm.. entahla... yang pasti, banyak hari, saya skip senaman pada minggu ke 3 gara-gara tekanan kerja yang menimbun...hasilnya.. perubahan jisim saya amat perlahan...bermula 67.5 kg pada 1/6/2014... jisim saya hanya 66.9 kg pada 21/6/2014..lebih kurng 0.7 kg sahaja dalam  3 MINGGU...ishk..teruk sangat rasanya...

Saya dapati.. ada beberapa kelemahan yang saya rasa menjadi penyumbang kegagalan... Paling utama, motivasi saya suam suam kuku nak kurus.. saya TERLALU tidak kisah jisim saya tidak turun ...malahan saya TIDAK strict untuk makan dan minum apa sahaja kecuali air bergas...alasannya untuk TENAGA dan METABOLISME.... malahan makan malam sahaja pun agak carca merba time buka sekolah neh... asal ada je yang dibeli abah, saya balun.. sehingga mak menegur bila saya katakan jisim saya tidak turun.. Mak cakap, makan malam saya SALAH.. hmmm..kan dah kena sound...

Kemudian... dalam cacatan diari saya... saya dapati, bilangan senaman saya pada minggu ke 3 agak longgar.. Banyak hari saya MISS...hmm... macam mana nak kurus macam neh kan???

Akibatnya saya terpaksa bertegas dengan dirinya saya... Satu hari 1 kg.. walaupun tidak elok untuk kesihatan tetapi saya dapati inilah motivasi sangat berkesan untuk saya menjaga ASPEK KUANTITI dan KUALITI senaman saya..saya sudah praktis sebentar tadi... target saya untuk 3 jam.. tapi saya PERCAYA dengan TIDAK aje pada kemampuan diri.. Maka saya cakap pada diri saya, mesti 30 round  naik turun bukit... senaman lompat bintang 90  ada lagi satu senaman 60 ( tak ingat nama apa)... dan lagi satu ( tak ingat juga nama dia (90) dan kena round Taman Tasik 2 round..saya tidak had kan masa.. saya tahu itu, kelemahan saya kerana saya akan ambik kesempatan melambatkan senaman semata-mata nak cukup 3 jam tapi kualiti hampeh...maka sebagai penyelesaian.... saya senaraikan aktiviti itu...Lagi cepat buat, lagi cepat balik...tak kira pukul berapa... saya had lompat binatang dan senaman dua lagi...sekadar satu round cukup.. iaitu 30, 20, 30.. Tapi naik turun bukit msti 30 dan berjalan kaki 2 round..

Mula2 naik bukit.. aduh.. TUHAN sahaja tahu.. nak capai 10 pun sempat.. Maklumlah.. dah hampir 5 hari tak pekena dia.. STAMINA pun pancit...tapi bila saya ingat 1 kg 1 hari.. dan teringat mereka2 yang berjaya kuruskan badan.. saya jadi motivated untuk terus berjuang.. ALHAMDULLIAH berjaya dengan 30 ...kemudian saya buat senaman lompat bintang dan senagkatannya sebanyak 3 round dengan nisbah (90,60,90)... then saya buat larian anak satu pusingan...akhir sekali saya sudahi dengan 2 round taman tasik...Semuanya lebih kurang 3 jam 30 minit.. Macam tak percaya aje bila tengok jam di kereta.. (sebab tak pakai jam waktu senaman)...

Syukur.. saya akan berjuang untuk pastikan jisim saya hari ini.. turun 1 kg.. dan begitulah hari seterusnya..

Saturday, June 14, 2014

Tempoh 14 hari




Alhamdulliah.. hari ini tamat tempoh diet untuk 2 minggu... Pelbagai rintangan dan cabaran melanda.. Tapi syukur, setiap kali rasa nak mengalah... macam ada suntikan semangat bertiup dalam diri..Alhamdulliah.. terima kasih ALLAH...

Secara kesuluruhan.. prestasi minggu ke 2.. masih di tahap kelas BAWAHAN... hmmm... setakat 14 haribulan.. capaian saya hanya sekitar 0.6 kg turun.. Saya bermula 67.5 kg pada 1 hb dan pada hari ini.. jisim saya 66.9 kg..jika ikutkan pengalaman bulan 2.. setakat 14 hari..saya mampu mencapai penurunnan 1.9 kg.. 

hal ini buat saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri... Walaupun angka 66 sudah kelihatan tetapi saya agak kurang puas hati dengan pencapaian selama 14 hari ini...

Mula terdetik di hati saya untuk jadi lebih BERDISIPLIN.. bukan saya tidak berdisiplin percubaan kali ini.. Saya masih lagi mengamalkan senaman seperti pengalaman lepas.. Namun KELEMAHAN yang saya belajar daripada percubaan kali ini adalah dari segi corak pemakanan..

JIKa dahulu.. saya sangat BERTEGAS dalam memilih makanan.. NO RICE ... itu pantang paling besar.. kemudian waktu malam saya sangat berjaga dari segi pemilihan makanan.. biasa saya makan nestum, buah, biskut dan teh hijau.. Namun tidak untuk  kali ini..

Saya sengaja mencuba pendekatan MAKAN dan MINUMLAH apa sahaja asalkan terkawal dan bukan junk food dan bergas.. Namun nampaknya seakan gagal rentak saya bina ini.. Bagi saya...macam kurang BERDISIPLIN... boleh hentam apa aje.. minyak ker... manis ker.. boleh je... kalau dulu, nak minum air teh pun tak boleh kecuali tanpa gula iaitu TEH HIJAU.. KALAU tak akan kena denda SENAMAN BERAT..

Saya cuba untuk kurang STRESS untuk percubaan ini dengan melonggarkan SYARAT.. tapi nampaknya macam segan silu je nombor penimbang neh nak turun.. HMmmmm... Lantas saya mula terfikir untuk kembali ke teknik asal mulai esok selama 2 minggu seterusnya..sekadar cubaan sebelum menjelang RAMADHAN...

InsyaALLAH saya akan cuba sedaya mampu untuk berperang dengan NAFSU MAKAN dan MINUM...

SYarat yang saya tetapkan:

a) TIADA NASI kecuali kalau ada orang masak dan belikan.. (sendiri mau bikin dan belikan...tidak diizinkan..)
b) TIADA AIR MANISAN .. bukan sekadar bergas.. sekarang tiada lagi manisan.. okey, selamat tinggal air SARSI dan DURIAN BELANDA di dapur..

maka ..saya cuba nak merancang strategik makan dan minum..

a) Pagi: Biskut, 
b) Pagi pukul 10: Buah, Air teh hijau , Nestum (selagi ada stok.. tengok macam dah nak habis.. he2)
c) Tengah hari: Biskut (supaya boleh makan berat pada sebelah petang)
d) Petang (waktu rehat di tempat kerja) : Makan bihun/mee (kenapa saya pilih berat waktu ini dan bukan tengah hari?.. alasannya berdasarkan pengalaman saya.. bila saya ambik berat waktu ini.. sesi malam, saya tak perlu ambik makanan banyak sebab masih terasa kekenyangan.. berbeza kalau saya ambik berat pada waktu tengah hari..)
e) Malam: Buah, Air teh hijau , Nestum (selagi ada stok.. tengok macam dah nak habis.. he2)

Minuman: Air masak: wajib 3 liter...
Senaman: 1.5 jam sehari paling kurang 

Target: 2 minggu--> 64 kalau boleh...:)


Doakan saya.. 


Tuesday, June 10, 2014

4P

Nak kurus kena banyak sabar.. kena kuat semangat... formula saya cipta untuk diri saya.. 4P


P: Passion (kesungguhan)
P: Patience (sabar)
P: Pray ( Doa dan solat)
P: Positve (Positif)

Perlu ada kesungguhan pada tahap yang tinggi..kemudian bersabar dengan bermacam dugaan terutama MALAS dan NAFSU MAKAN... paling penting PRAY... jangan nak eksyen sangat dengan ALLAH.. so kena PRAY.. next.. sentiasa positif pada apa yang sedang buat dan hasilnya walaupun jisim tak turun-turun.. THINK POSITIVE.. buat lemak, berpuluh tahun.. takkan tak sampai 2 minggu dah SLIM kot kan... hmmm..

Agak2nya putus asa.. 4P menjelma.. hihi...