Friday, October 9, 2015

Dugaan Hari Ketiga




Terasa peritnya  pada hari ke 3 dalam misi menurunkan badan hingga capai 50 kg... Terasa sangat tercabar mental, fizikal dan emosi.. Jika tidak kuat, habis dah dibelasah nasi berlauk ikan sambal masakan mak.. kerepek2, kuih bahulu kesukaan.. Namun Tuhan sahaja yang tahu, bertapa 'seksanya' bergelut dengan kehendak dan keinginan yang membuak-buak ini. Lebih parah, terasa kekuatan fizikal hari ini agak tidak berapa ok. Mungkin faktor tidur semalam yang tidak berapa betul.

Memang nak mengalah dah tadi.. Namun kuatkan juga mengenangkan misi. No pain, no gain... Positifkan diri, mungkin hari ini paras gula dah semakin berkurang. Maka badan agak lemah. Mungkin itu petanda positif kerana gula asalnya daripada glukosa (karbohidrat)... Badan akan cerna jenis nutrisi ini dahulu untuk hasilkan tenaga, kemudian barulah lemak jika glukosa tidak cukup. Jadi saya kuatkan semangat, anggap lemak saya sedang dicerna.. Itulah motivasi untuk saya bertahan dengan dugaan hebat hari ini..

Bagi saya, setiap matlamat pasti ada kesukaran. Cuma sabar dan kuat sahaja yang membolehkan seseorang itu berjaya berhadapan dengannya. Kena kuat semangat. Lawan sehabis-habisnya.. Positif.. InsyaALLAH pasti ada kejayaan disebalik perjuangan ini.. 

Semoga terus kekal istiqamah dalam perjuangan ini

No comments:

Post a Comment