Monday, November 16, 2015

Harapan ...Semangat untuk terus berjuang

Alhamdulliah baru selesai senaman..
-senarombik 2 acara
-jumping jack (x100)
-squart(x100)
-high knee (x100)
-mountain climb (x100) 
-lunge (x100)
-sit up (x100)- buat lepas bangun tidur pagi

Masih berbaki:
-20 round naik turun bukit
-2 pusingan larian pendek
-burpess (x100)

Kalau tak buat.. denda RM 5 untuk setiap yang 'miss'

Inilah akibatnya jika jisim naik .. Angkara minggu lepas punya cerita tak buat betul-betul.. minggu ini dendanya pun best.. Alhamdulliah, jika fikirkan tenaga memang 'out' .. Dah pukul 2 petang.. apalagi yang best selain tidur.. dahlah puasa.. Namun mengenangkan malu pada diri sendiri, geram pun ada.. Kuatkan tekad.. Alhamdulliah boleh pun buat..Jujur, walaupun berpeluh tetapi taklah letih sangat.. Bukan tak boleh nak buat.. MALAS jer selama ini.. Harap semangat ini akan terus berpanjangan..

Percayalah diri kita boleh sebenarnya.. Nak tak nak je.. Kenalah tegas sikit pada diri.. Marahkan diri.. Jangan bagi muka kalau itu yang terbaik untuk diri

Tuesday, October 13, 2015

Bau makanan .. mencabar

Malam ini berkampung dalam bilik, cuba kurangkan beban kerja.. settle yang mana boleh buat.. tengok list terasa banyaknya keje.. Apa-apa pun jangan stress.. Slow and steady :)

Penat buat keje, rehat.. Keluar bilik, angkat barang dari kereta..
Tiba-tiba.. terbau kesedapan masak lemak ikan  dan cucur bawang yang digoreng...
Wah, menguji kesabaran...terus rasa lapar.. 


Sabar..sabar.. bertahan.. Sekejap sahaja.. Kena berusaha.. bertahan dengan nafsu.. Tak ada jalan senang nak kurus.. Bukan namanya kejayaan tanpa cabaran..
Ini cabaran.. Lalui dan hadapinya..
tak lama pun..4 hari je.. cuba untuk dapat berat ideal.. 55.. kalu boleh nak 54.. sebab penimbang coach, tambah 1... so saya nak 54 pada penimbang saya... 

50?? Terus diburu.. Jangan berhenti mengalah.. Pasti boleh .. bagi masa beberapa minggu lagi...
Sekarang fokus 54

*teruja melihat penimbang coach.. 58.7 kg... akhirnya saya berjaya buang no 6 di hadapan... Jangan putus asa.. Penting fokus dan terus all out..
Kalau 4 hari 2 kilo.. kenapa tidak untuk seterusnya.... Jaga makan + exercise

Friday, October 9, 2015

Dugaan Hari Ketiga




Terasa peritnya  pada hari ke 3 dalam misi menurunkan badan hingga capai 50 kg... Terasa sangat tercabar mental, fizikal dan emosi.. Jika tidak kuat, habis dah dibelasah nasi berlauk ikan sambal masakan mak.. kerepek2, kuih bahulu kesukaan.. Namun Tuhan sahaja yang tahu, bertapa 'seksanya' bergelut dengan kehendak dan keinginan yang membuak-buak ini. Lebih parah, terasa kekuatan fizikal hari ini agak tidak berapa ok. Mungkin faktor tidur semalam yang tidak berapa betul.

Memang nak mengalah dah tadi.. Namun kuatkan juga mengenangkan misi. No pain, no gain... Positifkan diri, mungkin hari ini paras gula dah semakin berkurang. Maka badan agak lemah. Mungkin itu petanda positif kerana gula asalnya daripada glukosa (karbohidrat)... Badan akan cerna jenis nutrisi ini dahulu untuk hasilkan tenaga, kemudian barulah lemak jika glukosa tidak cukup. Jadi saya kuatkan semangat, anggap lemak saya sedang dicerna.. Itulah motivasi untuk saya bertahan dengan dugaan hebat hari ini..

Bagi saya, setiap matlamat pasti ada kesukaran. Cuma sabar dan kuat sahaja yang membolehkan seseorang itu berjaya berhadapan dengannya. Kena kuat semangat. Lawan sehabis-habisnya.. Positif.. InsyaALLAH pasti ada kejayaan disebalik perjuangan ini.. 

Semoga terus kekal istiqamah dalam perjuangan ini

Monday, October 5, 2015

Misi memburu 5 kg seminggu



Misi memburu 5 kg seminggu
1 Minggu =5 kg??

Memang agak mustahil.. Ikut logik akal, memang tak berapa nak logik
bayangkan 1kg=7700 kalori perlu dibakar..
kalau 5kg=7700 x5=????
senaman pun kadangkala mampu bakar 300-400 kalori ..itu pun dah lenjun baju..
Namun saya perlu kuatkan semangat.
Saya percaya diri saya perlu diletakkan matlamat yang tinggi, baru dia 'push' luar biasa..
Kalau tak..
Xpe, 2 circuit training pun xpe.. slow2
Xpe, rasa je pun (padahal, dah terlebih rasa makanan)

Jadi.. biar kita letak matlamat setinggi bintang walaupun impian hanya mahu ke bulan..sekurang-kurangnya, kalau jatuh, saya jatuh di matlamat saya iaitu bulan.. tapi kalau dapat ke bintang, lagi best!!

Saya perlu bekerja keras.. Tinggal lagi dua minggu..
Misi nak capai 50 kg...
walaupun BMI normal maximum 55kg..
saya nak cabar kemampuan diri saya..

Bagi saya, kekuatan dalaman yang luar biasa boleh 'push' kekuatan fizikal yang kita sangka biasa-biasa jer..

*Doakan saya diberi kekuatan diri, kelapangan masa

*61.3 kg dr skrg