Thursday, December 18, 2014

Azabnya mendaki bukit

Inilah pertama kali saya rasa azabnya mendaki bukit setelah lama tidak buat macam ini.. Ini baru 10 kali turun naik bukit.. dah rasa nak pitam.. malunya terasa apabila bersembang dengan mak cik umur 50 an dalam keadaan duduk kerana terasa nak pitam.. Mak cik tu steady je berdiri.. ALLAH... nampak sangat lama tak panjat bukit dalam kuantiti banyak...

Impian 30 round terpaksa dilupakan.. Kalau buat juga, memang pengsan dah kot.. Tadi pun beberapa kali kena duduk waktu sembang dengan mak cik tu.. terpaksa minta izin.. sebab dah tak tahan sangat..

Ini pengajaran yang sangat bermakna ALLAH bagi pada saya.. Sesibukmana pun, cuba curi juga masa untuk naik bukit.. bukan mudah nak bina stamina.. Dulu 20-30 round pun steady lagi.. tapi..sekarang... hmm..

Mungkin, saya perlu buat latihan seminggu untuk biasakan 10 round dulu.. perlahan-lahan tingkatkan bilangan.. Tapi kerisauan terasa mengenangkan meeting persekolah untuk sesi 2015 akan berlangsung tidak lama lagi.. Dugaan....

No.. bukan dugaan ..tapi cabaran untuk saya menyelesaikannya.. Think positive!!!

No comments:

Post a Comment