Monday, December 22, 2014

Resepi Kejayaan

Asas utama untuk berjayalah dalam misi menguruskan badan secara sihat adalah...

a) ubah mindset...
Percayalah kepada kebolehan diri.. Yakin diri mampu.. Kalau mereka berjaya menguruskan badan, mengapa tidak kita?? Ya, manusia itu berbeza.. tetapi peluang tetap serupa.. ukurannya di mana ada kemahuan di situ, letaknya usaha ... Maka, ubah mind set daripada zero become hero.. yakini diri, kita mampu untuk mengubah bentuk tubuh kita sendiri.. Manusia boleh bercakap apa sahaja tentang diri kita tetapi kita yang hakim penentu segala-galanya.. Ayuh, positifkan diri kita...Segalanya pasti mampu kita kuasai dengan izinNYA..

b) Berusaha keras..
Dah ubah mindset, janganlah hangat-hangat tahi ayam.. Tapi berusaha ke arahnya.. Malas?? Mengapa mencari alasan.. Orang berjaya mencari jalan, bukan terus dibuai alasan ... Kembali ingat pada mindset anda, pasti semangat itu akan datang berkobar-kobar.. dan jangan berlengah.. berlengah itu, jalan syaitan menjahanamkan misi kita.. Ayuh, kuat semangat.. Ingat hasil lumayan menanti kita...

Dah ubah mindset... dah keje keras.. perkara paling utama..

c) Jaga makan dan minum kita..

Dah usaha keras.. dah buang semua peluh sampai lencun badan. sampai bau masam badan, takkan nak   biar badan tambah balik lemak dengan makanan dan minuman kita.. Memang tak la kan?? Ayuh... rancang menu harian..Tip makan dan minum..

-sarapan pagi= ini WAJIB.. jika tidak metabolisme yang tolong bakar lemak akan menurun.. nak ker??? so jangan abaikan sarapan pagi... seeloknya ambillah yang kaya zat tapi kurang kalori.. contoh mudah.. makan oat.. sekarang dah banyak perisa.. saya yang anti sedunia oat pun dah boleh telan....saya yang original memang kelautan dalam tapi jenis coklat, memang boleh telan.. tak de keseksaan tapi kenikmatan.. perut kenyang dengan lama dah tidak meletihkan..

-Minum air masak= 1liter= 25 kg... agak malas nak bajet.. beli bekas, yang ada skala 2-3 liter.. melantaklah seharian dengan air tu.. Percayalah, air masak bukan sahaja bagus untuk kesihatan seperti melembapkan kulit, meningkatkan kecergasan.. malah mengekang selera makan.. kita jadi kurang nafsu makan..tapi kena rajin ke tandaslah ya.. tak pa untuk kebaikan.. buang benda-benda 'kotor'

-Kurangkan bergoreng dan berlemak: hal ini memang benar dan diakui saya sendiri yang berfikir, kenapa susah dan liatnya nak turun badan, walhal dah buat semua di atas.. rupanya 'bencana' makan bergoreng tidak dikawal...seeloknya, sup, bakar, merebus bangus.. sebab kurang minyak...

-kawal makan malam: jangan ada isitilah, saya tak makan malam.. itu silap besar.. wajib dan mesti makan tapi jangan melantak macam makan tengah hari pula.. cukup sekadar yang ringan dan mengenyangkan.. paling simple.. ambil buah.. agak rajin, bancuh oat.. lebih rajin buat air teh tanpa gula dan cicah dengan biscut (had kuantiti..3 keping sudah)...

-sebagai tambah... TEH HIJAU...dan buahan-buahan + sayur-sayuran jangan dilupakan... :)

Jadi.. tunggu apalagi.. manusia itu boleh berjaya ... pilihan terpulang padanya... 

-

Thursday, December 18, 2014

Azabnya mendaki bukit

Inilah pertama kali saya rasa azabnya mendaki bukit setelah lama tidak buat macam ini.. Ini baru 10 kali turun naik bukit.. dah rasa nak pitam.. malunya terasa apabila bersembang dengan mak cik umur 50 an dalam keadaan duduk kerana terasa nak pitam.. Mak cik tu steady je berdiri.. ALLAH... nampak sangat lama tak panjat bukit dalam kuantiti banyak...

Impian 30 round terpaksa dilupakan.. Kalau buat juga, memang pengsan dah kot.. Tadi pun beberapa kali kena duduk waktu sembang dengan mak cik tu.. terpaksa minta izin.. sebab dah tak tahan sangat..

Ini pengajaran yang sangat bermakna ALLAH bagi pada saya.. Sesibukmana pun, cuba curi juga masa untuk naik bukit.. bukan mudah nak bina stamina.. Dulu 20-30 round pun steady lagi.. tapi..sekarang... hmm..

Mungkin, saya perlu buat latihan seminggu untuk biasakan 10 round dulu.. perlahan-lahan tingkatkan bilangan.. Tapi kerisauan terasa mengenangkan meeting persekolah untuk sesi 2015 akan berlangsung tidak lama lagi.. Dugaan....

No.. bukan dugaan ..tapi cabaran untuk saya menyelesaikannya.. Think positive!!!