Monday, November 24, 2014

Kenapa sukarnya

Berkali saya sudah cuba untuk serius tetapi kecundang juga.. Sedih.. memang sedih.. Tambah pula memikirkan perjalanan masa yang semakin suntuk untuk saya kejar matlamat yang satu .. mencapai jisim ideal.. Letih saya memikirkan kekuatan diri saya yang hampir tiada ini..

Banyak persoalan bermain di fikiran saya.. 

a) Mengapa sukar untuk saya bertahan?
b) Susahnya nak tahan nafsu?
c) Susahnya nak kawal bahagi masa?
d) Susahnya nak kawal tekanan??

Ya.. memang susah.. kadangkala kita tiada pilihan dan terpaksa mengalah pada keadaan.. Tak apalah.. saya cuba untuk positif dengan perjalanan lalu.. Biarkan itu jadi sejarah.. 

Sekarang masanya mencari kekuatan.. membina semangat.. mengejar impian.. Baki masa tiada banyak lagi.. saya harus kuat kembali.. Jangan mengalah.. percaya dan yakin pada potensi diri.. 

Saya akan cuba mengapai impian yang satu...

My Aim..

Ya.. ikutkan macam mustahil.. Tapi saya tidak mahu negatifkan mindanya.. Saya perlu 'polish' dengan semangat dan keazaman bahawa saya boleh ...Yakin boleh..

Saya akan cuba buktikan pada diri saya ..bahawa saya boleh.. mampu untuk mengejar impian saya nampak 'terkubur'

insyaALLAH...

Jangan pernah mengalah....kekuatan sebenar kejayaan seseorang datang daripada semangat luar biasa dalam dirinya serta keyakinan dan sandarannya pada PenciptaNYA.. 

Yakinlah wahai diri.. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita dahulu... AYuh.. baik berjuang meskipun terpaksa 'merangkak' dahulu..tak apalah.. lama-lama akan pandai berjalan dan akhirnya mampu berlari riang...

Bersangka baik..itulah yang terbaik..


No comments:

Post a Comment