Friday, August 8, 2014

Perlukan perubahan



Hari ini 8/8/2014... saya akan cuba pahatkan semakin tarikh yang akan saya kenangkan sebagai tapak permulaan saya berdiet ATKIN.. saja nak test akibat agak kecewa dengan prestasi seminggu yang telah berlalu..

Jujur.. diet seminggu saya agak 'rongak' sedikit..bermula dengan kuih raya yang boleh dikatakan hari-hari saya mengadap kerana takut kuih akan rosak kalau dibiarkan... sya rasa itu juga menyumbang kegagalan penurunan jirim saya.. kemudian diikuti tarikh 6/8/2014.. saya makan MARRYBORWN..atas tiket lapar dan tidak ada pilihan lain kerana tidak biasa dengan tempat baru (tak tahu di mana foodcourt).. saya akhirnya tewas pada junk food.. 

Semalam.. sejarah makin teruk..

Makan kuih, perkara wajib.. Malam itu, saya ingat tak nak makan berat... hanya nak makan kuih.. kemudian, mak mendapat panggilan sedara nak datang...Maka, abah bercadang mahu ajak sedara makan di  luar.. saya yang tak nak makan, tiba-tiba berubah fikiran dan 'terorder' mee bandung.. tapi abah sarankan supaya ikut bersama sebab takut balik lmbat.. saya pun rasa eloklah macam tu sebab dengan sedara.. saya pun setuju.. 

Lain yang dirancang.. lain pula jadinya.. tiba di rumah sedara saya tumpang, tuan rumah pelawa masuk dan susprise.. NASI LEMAK...TEH O ...nak ker tak nak.. nak ker tak nak...mula keliru.. kalau saya ambik, memang saya betul-betul jahanamkan DIET saya sebab dua benda ini yang saya berjaya tahan setakat 7 hari.. Nasi dan minuman manis..

Apa tindakan, kalau tuan rumah sendiri tolong letakkan nasi dalam pinggan, tuang air dalam cawan dan hulurkan pada kita????? Apa korang akan buat???

Hati dah berdetak tak menentu tika tu...Tiba-tiba rasa menyesal pula ikut.. Makan telur goreng kat rumah pun tak apa..tapi saya tiba-tiba bermuhasabah... PASTI ada HIKMAH...
demi menjaga hati tuan rumah yang rupanya ada kaitan dengan mak abah, saya menelan apa yang diberi.............................................................

Menambah hari malang DIET saya.. abah ajak ke gerai makan pula dengan alasan dia gusar tetamu belum kenyang... sampai di kedai...saya order nescafe.. alang-alang dah jahanam.. JAHANAM teruslah diet tu.. ahahaha.. ishkk... rasa teruk betul.. 

Akibatnya jisim saya jadi 62.8 kg dari 62.6kg.. walaupun orang kata alah 0.2 kg juga tu tapi bagi saya sedikit atau banyak tetap naik.. tu yang sedih...:((((

So hari ini saya nak nekad untuk buat atkin.. biar BERDISPLIN....

doakan saya..

2 comments: