Friday, August 8, 2014

Air dan Gemuk

Satu perkara yang saya tidak dapat lupakan tentang 'kepandaian' saya adalah tentang kaitan air masak dengan kegemukan.. bila diingatkan kembali 'kepandaian' itu, saya rasa nak tergelak dengan andaian yang saya buat berdasarkan rasional pada nilai penimbang...

Pernah satu ketika.. saya berandaian bahawa kalau kerap minum air masak iaitu air kosong, jisim akan bertambah.. Kenapa saya cakap begitu? 

Sebabnya, bila saya minum banyak air masak mesti jisim saya bertambah sampai buat saya stress, panik dan takut nak minum air masak.. Akibatnya terbitlah andaian 'kepandaian' saya bahawa minum air masak akan gemuk.. ahahaha.. Lantas, saya hadnya isipadu air masak.. 

Nak tahu apa jadi??

1) Saya jarang ke tandas
2) Sesi membuang air besar tidak senikmat jika saya minum banyak air masak..
3) Fokus dan tumpuan saya agak kelam kabut (mungkin minda kurang segar)

Inilah padahnya kalau ikut suka hati buat kesimpulan sendiri.. Namun daripada situ saya mengkaji dan membuat banyak google search dan menelaah buku kesihatan... Rupanya saya silap besar... Langsung tak betul sangkaan saya bahawa minum banyak air masak akan menyebabkan gemuk...Memang betul-betul jauh terpesong....

Daripada maklumat yang saya peroleh, rupanya minum banyak air masak dengan kadar yang betul akan memberi banyak kelebihan..

Pertama: KERAP BUANG AIR KENCING.... 

Nampak macam negetifkan.. Lagipun mana larat nak berulang alik ke tandas.. itulah saya rasa pada mulanya tetapi rupanya itulah KELEBIHAN yang selama ini saya sangka KEBURUKAN...ahahaha.. Membuang air kencing dengan lebih kerap kerana faktor kita kerap minum air masak merupakan langkah BAGUS untuk KURUSKAN BADAN... Kenapa??

Rasionalnya.. bila kita ke tandas dan membuang apa yang penuh di tangki pundi kencing kita, sebenarnya kita sedang membuang benda-benda yang tidak diperlukan oleh badan iaitu GARAM.. garam inilah punca kita GEMUK.. jadi langkah untuk singkirkannya adalah dengan membuangnya melalui air kencing.. So, semakin kerap ke tandas, maka semakin banyaklah kita membuang benda-benda yang menyebabkan kita gemuk.... Nampaknya kontranya dengan tanggapan saya..he2..

Justeru minumlah air masak dengan kerap... Ikut kajian saya, ukuran isipadu air masak yang diperlukan badan bergantung pada jisim badan seseorang.. Secara puratanya 

1 liter air masak= 25 kg

Jadi kalau saya yang jisimnya 63 kg = so saya kena minum dalam 2 lebih liter dalam SEHARI (bukan sekali teguk!!!)

Suka saya nak share di sini.. saya dapat rasakan sendiri kelebihan air masak yang 0 kalori ini..
selain saya kerap ke tandas..banyak perubahan lain, antaranya:

a) Kurang nafsu makan
b) Tidur yang lena
c) Lebih fokus waktu bekerja
d) Badan rasa sejuk (suhu badan terkawal)
e) Jimat duit ( bawa dari rumah)

Jadi saya nak ajak kawan-kawan untuk sama-sama minum air masak... bukan susah pun... masak sekejap je pun.. :)))


No comments:

Post a Comment