Saturday, June 14, 2014

Tempoh 14 hari




Alhamdulliah.. hari ini tamat tempoh diet untuk 2 minggu... Pelbagai rintangan dan cabaran melanda.. Tapi syukur, setiap kali rasa nak mengalah... macam ada suntikan semangat bertiup dalam diri..Alhamdulliah.. terima kasih ALLAH...

Secara kesuluruhan.. prestasi minggu ke 2.. masih di tahap kelas BAWAHAN... hmmm... setakat 14 haribulan.. capaian saya hanya sekitar 0.6 kg turun.. Saya bermula 67.5 kg pada 1 hb dan pada hari ini.. jisim saya 66.9 kg..jika ikutkan pengalaman bulan 2.. setakat 14 hari..saya mampu mencapai penurunnan 1.9 kg.. 

hal ini buat saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri... Walaupun angka 66 sudah kelihatan tetapi saya agak kurang puas hati dengan pencapaian selama 14 hari ini...

Mula terdetik di hati saya untuk jadi lebih BERDISIPLIN.. bukan saya tidak berdisiplin percubaan kali ini.. Saya masih lagi mengamalkan senaman seperti pengalaman lepas.. Namun KELEMAHAN yang saya belajar daripada percubaan kali ini adalah dari segi corak pemakanan..

JIKa dahulu.. saya sangat BERTEGAS dalam memilih makanan.. NO RICE ... itu pantang paling besar.. kemudian waktu malam saya sangat berjaga dari segi pemilihan makanan.. biasa saya makan nestum, buah, biskut dan teh hijau.. Namun tidak untuk  kali ini..

Saya sengaja mencuba pendekatan MAKAN dan MINUMLAH apa sahaja asalkan terkawal dan bukan junk food dan bergas.. Namun nampaknya seakan gagal rentak saya bina ini.. Bagi saya...macam kurang BERDISIPLIN... boleh hentam apa aje.. minyak ker... manis ker.. boleh je... kalau dulu, nak minum air teh pun tak boleh kecuali tanpa gula iaitu TEH HIJAU.. KALAU tak akan kena denda SENAMAN BERAT..

Saya cuba untuk kurang STRESS untuk percubaan ini dengan melonggarkan SYARAT.. tapi nampaknya macam segan silu je nombor penimbang neh nak turun.. HMmmmm... Lantas saya mula terfikir untuk kembali ke teknik asal mulai esok selama 2 minggu seterusnya..sekadar cubaan sebelum menjelang RAMADHAN...

InsyaALLAH saya akan cuba sedaya mampu untuk berperang dengan NAFSU MAKAN dan MINUM...

SYarat yang saya tetapkan:

a) TIADA NASI kecuali kalau ada orang masak dan belikan.. (sendiri mau bikin dan belikan...tidak diizinkan..)
b) TIADA AIR MANISAN .. bukan sekadar bergas.. sekarang tiada lagi manisan.. okey, selamat tinggal air SARSI dan DURIAN BELANDA di dapur..

maka ..saya cuba nak merancang strategik makan dan minum..

a) Pagi: Biskut, 
b) Pagi pukul 10: Buah, Air teh hijau , Nestum (selagi ada stok.. tengok macam dah nak habis.. he2)
c) Tengah hari: Biskut (supaya boleh makan berat pada sebelah petang)
d) Petang (waktu rehat di tempat kerja) : Makan bihun/mee (kenapa saya pilih berat waktu ini dan bukan tengah hari?.. alasannya berdasarkan pengalaman saya.. bila saya ambik berat waktu ini.. sesi malam, saya tak perlu ambik makanan banyak sebab masih terasa kekenyangan.. berbeza kalau saya ambik berat pada waktu tengah hari..)
e) Malam: Buah, Air teh hijau , Nestum (selagi ada stok.. tengok macam dah nak habis.. he2)

Minuman: Air masak: wajib 3 liter...
Senaman: 1.5 jam sehari paling kurang 

Target: 2 minggu--> 64 kalau boleh...:)


Doakan saya.. 


No comments:

Post a Comment