Sunday, June 22, 2014

Perjalanan Minggu ke 3


Sudah cukup 3 minggu kiranya semalam saya dalam tempoh diet yang KURANG EXTREME...cuba untuk lebih berdisiplin tetapi entah mengapa percubaan minggu ke 3 GAGAL di pertengahan jalan.. Mungkin TERKEJUT dengan berita kehadiran KPM... atau beban permulaan kerja??? hmm.. entahla... yang pasti, banyak hari, saya skip senaman pada minggu ke 3 gara-gara tekanan kerja yang menimbun...hasilnya.. perubahan jisim saya amat perlahan...bermula 67.5 kg pada 1/6/2014... jisim saya hanya 66.9 kg pada 21/6/2014..lebih kurng 0.7 kg sahaja dalam  3 MINGGU...ishk..teruk sangat rasanya...

Saya dapati.. ada beberapa kelemahan yang saya rasa menjadi penyumbang kegagalan... Paling utama, motivasi saya suam suam kuku nak kurus.. saya TERLALU tidak kisah jisim saya tidak turun ...malahan saya TIDAK strict untuk makan dan minum apa sahaja kecuali air bergas...alasannya untuk TENAGA dan METABOLISME.... malahan makan malam sahaja pun agak carca merba time buka sekolah neh... asal ada je yang dibeli abah, saya balun.. sehingga mak menegur bila saya katakan jisim saya tidak turun.. Mak cakap, makan malam saya SALAH.. hmmm..kan dah kena sound...

Kemudian... dalam cacatan diari saya... saya dapati, bilangan senaman saya pada minggu ke 3 agak longgar.. Banyak hari saya MISS...hmm... macam mana nak kurus macam neh kan???

Akibatnya saya terpaksa bertegas dengan dirinya saya... Satu hari 1 kg.. walaupun tidak elok untuk kesihatan tetapi saya dapati inilah motivasi sangat berkesan untuk saya menjaga ASPEK KUANTITI dan KUALITI senaman saya..saya sudah praktis sebentar tadi... target saya untuk 3 jam.. tapi saya PERCAYA dengan TIDAK aje pada kemampuan diri.. Maka saya cakap pada diri saya, mesti 30 round  naik turun bukit... senaman lompat bintang 90  ada lagi satu senaman 60 ( tak ingat nama apa)... dan lagi satu ( tak ingat juga nama dia (90) dan kena round Taman Tasik 2 round..saya tidak had kan masa.. saya tahu itu, kelemahan saya kerana saya akan ambik kesempatan melambatkan senaman semata-mata nak cukup 3 jam tapi kualiti hampeh...maka sebagai penyelesaian.... saya senaraikan aktiviti itu...Lagi cepat buat, lagi cepat balik...tak kira pukul berapa... saya had lompat binatang dan senaman dua lagi...sekadar satu round cukup.. iaitu 30, 20, 30.. Tapi naik turun bukit msti 30 dan berjalan kaki 2 round..

Mula2 naik bukit.. aduh.. TUHAN sahaja tahu.. nak capai 10 pun sempat.. Maklumlah.. dah hampir 5 hari tak pekena dia.. STAMINA pun pancit...tapi bila saya ingat 1 kg 1 hari.. dan teringat mereka2 yang berjaya kuruskan badan.. saya jadi motivated untuk terus berjuang.. ALHAMDULLIAH berjaya dengan 30 ...kemudian saya buat senaman lompat bintang dan senagkatannya sebanyak 3 round dengan nisbah (90,60,90)... then saya buat larian anak satu pusingan...akhir sekali saya sudahi dengan 2 round taman tasik...Semuanya lebih kurang 3 jam 30 minit.. Macam tak percaya aje bila tengok jam di kereta.. (sebab tak pakai jam waktu senaman)...

Syukur.. saya akan berjuang untuk pastikan jisim saya hari ini.. turun 1 kg.. dan begitulah hari seterusnya..

No comments:

Post a Comment