Wednesday, June 4, 2014

Mood baru..

Alhamdulliah.. hari ini mood baik.. setelah  hari ke 4.. baru rasa selesa, yakin, percaya, dan bersungguh untuk kurus semula.. Hmm.. sedih mengenangkan diet yang bertahan 2 bulan dan longlai di saat akhir gara-gara kekangan masa dan tekanan kerja buat diri rasa tak terkawal 'selera' makan dan tak terdaya untuk keluar bersenam..

Usah dikenang kisah yang pahit.. Jadikan itu motivasi bahawa sebenarnya boleh kurus kalau berusaha.. Itulah yang saya pujuk diri saya..Bukan mudah untuk memulakan langkah dari petak mula... Terasa perit bila selera tekak perlu dikawal..nak makan kena catu dahulu.. Bukan mudah di saat gelora nafsu makan memuncak..

Lebih perit.. bila mahu memulakan langkah senaman.. Tuhan sahaja yang tahu bertapa sukarnya mahu mendapat retak semangat.. Bermula dengan keluar pagi, kemudian disusuli daikinya bukit.. memang mancabar di saat kemalasan melanda. Jenuh berperang dengan penyakit MALAS... Jenuh bertegang urat dengan nafsu yang satu ini.. Hari pertama.. cukup sejam...iitu pn malas-malas... Disusuli hari ke2.. Nasib baik hari ke 3.. retaknya berubah.. Kian bersemangat.. Tapi faham-faham ajelah.. STAMINA memang out.. 1 jam 45 minit dah menyerah kalah... Alhamdulliah impian  3 jam tercapai hari ke 4..

Memang betul orang kata kuasa minda ini luar biasa... Hari ini seperti biasa saya berazam untuk 3 jam.. Tapi macam biasa... Penat dan stamina menjadi halangan.. Tapi bila memikirkan.. dua benda iaitu

a) Tempoh 2 bulan yang kian suntuk untuk sepasang jubah bersaiz M sempena Hari Raya.. gigih juga buat dua round Taman Tasik... Naik turun bukit yang tidak terkira roundnya..

b) faktor kesuburan...walaupun masih bujang tapi memikirkan masa depan bila kahwin.. rasa takut pun ada.. (jangan fikir kuning ya)... kita perlu sedar pada hakikat sebuah perkahwinan.. Melahirkan zuriat penyambung  generasi yang halal lagi soleh dan solehah.. Memang orang kata anak itu rezeki daripada ALLAH.. tapi bukankah ALLAH berpesan kita supaya DIA tidak akan ubah nasib hambaNYA kalau hambaNYA tidak mahu mengubah nasib (maksudnya BERUSAHA).... jadi sementara masih bujang, inilah peluang yang ada.. sesungguhnya alasan ini yang kerap bermain di minda saya saat letih, penat dan rasa nak balik rumah semasa separuh perjalanan bersenam..


Alhamdulliah.. syukur kerana ALLAH bagi saya kesempatan, peluang, masa dan tenaga untuk kembali bersemangat menguruskan badan.. Doakan saya ya kawan-kawan dalam meneruskan misi menguruskan bdan saya secara sihat dan semulajadi.. :) 



5 comments:

  1. In sha Allah...awk pasti boleh!~ hehe ape2 pun kita kurus bukan je utk cantik tapi yang paling penting, untuk sihat~ jom pagi2 join akak jogging kat tasik permaisuri cheras...hehe

    anyway akk dh follow sini #83...nk ikut perkembangan diet sihat awk...update slalu tau...ki3x

    ReplyDelete
  2. Fighting! all the beshh akak :D

    ReplyDelete
  3. yeah!!! Fighting!!! terus mara ke depan even banyak halangan :) you can do it, insyaAllah

    ReplyDelete
  4. thanks smua atas support..smoga tuhan memakbulkan doa anda :)

    ReplyDelete