Monday, June 23, 2014

Hari 22




Alhamdulliah.. sangat happy dengan pencapaian hari ke 22.. Aim untuk 1 kg 1 hari.. berjaya dicapai.. syukur.. sudah muncul 65 pada penimbang.. Namun tidak sepenuh yang dirancang.. Bila dilihat dan di analisis macam tak percaya boleh bertahan senaman 5 jam..

30 minit = senamrobik selepas Subuh..

3 jam= naik bukit 30 pusingan... larian anak 1 pusingan.. 2pusingan taman tasik.. senaman perut 3 round..cukup untuk sesi pagi...

1 jam 30 minit= 20 naik turun bukit sesi petang..

Benarlah orang kata.. kuasa dalaman ini luar biasa.. Bila kita berjaya menguasainya.. benda yang pelik dan mustahil pun boleh dilakukan... Syukur kerana diberi kelapangan masa, kekuatan dan keinginan luar biasa..

Perjalanan masih jauh lagi... Hari ini, kembali berkerja... hasrat 1 kg 1 hari tetap diteruskan.. bersangka baik sahaja dengan keadaan kerana masa untuk senaman sedikit tersekat.. Kawalan makanan dan psikologi memang perlu mantap tika ini.. Doakan ya :)

No comments:

Post a Comment