Monday, June 23, 2014

Hari 22




Alhamdulliah.. sangat happy dengan pencapaian hari ke 22.. Aim untuk 1 kg 1 hari.. berjaya dicapai.. syukur.. sudah muncul 65 pada penimbang.. Namun tidak sepenuh yang dirancang.. Bila dilihat dan di analisis macam tak percaya boleh bertahan senaman 5 jam..

30 minit = senamrobik selepas Subuh..

3 jam= naik bukit 30 pusingan... larian anak 1 pusingan.. 2pusingan taman tasik.. senaman perut 3 round..cukup untuk sesi pagi...

1 jam 30 minit= 20 naik turun bukit sesi petang..

Benarlah orang kata.. kuasa dalaman ini luar biasa.. Bila kita berjaya menguasainya.. benda yang pelik dan mustahil pun boleh dilakukan... Syukur kerana diberi kelapangan masa, kekuatan dan keinginan luar biasa..

Perjalanan masih jauh lagi... Hari ini, kembali berkerja... hasrat 1 kg 1 hari tetap diteruskan.. bersangka baik sahaja dengan keadaan kerana masa untuk senaman sedikit tersekat.. Kawalan makanan dan psikologi memang perlu mantap tika ini.. Doakan ya :)

Sunday, June 22, 2014

Perjalanan Minggu ke 3


Sudah cukup 3 minggu kiranya semalam saya dalam tempoh diet yang KURANG EXTREME...cuba untuk lebih berdisiplin tetapi entah mengapa percubaan minggu ke 3 GAGAL di pertengahan jalan.. Mungkin TERKEJUT dengan berita kehadiran KPM... atau beban permulaan kerja??? hmm.. entahla... yang pasti, banyak hari, saya skip senaman pada minggu ke 3 gara-gara tekanan kerja yang menimbun...hasilnya.. perubahan jisim saya amat perlahan...bermula 67.5 kg pada 1/6/2014... jisim saya hanya 66.9 kg pada 21/6/2014..lebih kurng 0.7 kg sahaja dalam  3 MINGGU...ishk..teruk sangat rasanya...

Saya dapati.. ada beberapa kelemahan yang saya rasa menjadi penyumbang kegagalan... Paling utama, motivasi saya suam suam kuku nak kurus.. saya TERLALU tidak kisah jisim saya tidak turun ...malahan saya TIDAK strict untuk makan dan minum apa sahaja kecuali air bergas...alasannya untuk TENAGA dan METABOLISME.... malahan makan malam sahaja pun agak carca merba time buka sekolah neh... asal ada je yang dibeli abah, saya balun.. sehingga mak menegur bila saya katakan jisim saya tidak turun.. Mak cakap, makan malam saya SALAH.. hmmm..kan dah kena sound...

Kemudian... dalam cacatan diari saya... saya dapati, bilangan senaman saya pada minggu ke 3 agak longgar.. Banyak hari saya MISS...hmm... macam mana nak kurus macam neh kan???

Akibatnya saya terpaksa bertegas dengan dirinya saya... Satu hari 1 kg.. walaupun tidak elok untuk kesihatan tetapi saya dapati inilah motivasi sangat berkesan untuk saya menjaga ASPEK KUANTITI dan KUALITI senaman saya..saya sudah praktis sebentar tadi... target saya untuk 3 jam.. tapi saya PERCAYA dengan TIDAK aje pada kemampuan diri.. Maka saya cakap pada diri saya, mesti 30 round  naik turun bukit... senaman lompat bintang 90  ada lagi satu senaman 60 ( tak ingat nama apa)... dan lagi satu ( tak ingat juga nama dia (90) dan kena round Taman Tasik 2 round..saya tidak had kan masa.. saya tahu itu, kelemahan saya kerana saya akan ambik kesempatan melambatkan senaman semata-mata nak cukup 3 jam tapi kualiti hampeh...maka sebagai penyelesaian.... saya senaraikan aktiviti itu...Lagi cepat buat, lagi cepat balik...tak kira pukul berapa... saya had lompat binatang dan senaman dua lagi...sekadar satu round cukup.. iaitu 30, 20, 30.. Tapi naik turun bukit msti 30 dan berjalan kaki 2 round..

Mula2 naik bukit.. aduh.. TUHAN sahaja tahu.. nak capai 10 pun sempat.. Maklumlah.. dah hampir 5 hari tak pekena dia.. STAMINA pun pancit...tapi bila saya ingat 1 kg 1 hari.. dan teringat mereka2 yang berjaya kuruskan badan.. saya jadi motivated untuk terus berjuang.. ALHAMDULLIAH berjaya dengan 30 ...kemudian saya buat senaman lompat bintang dan senagkatannya sebanyak 3 round dengan nisbah (90,60,90)... then saya buat larian anak satu pusingan...akhir sekali saya sudahi dengan 2 round taman tasik...Semuanya lebih kurang 3 jam 30 minit.. Macam tak percaya aje bila tengok jam di kereta.. (sebab tak pakai jam waktu senaman)...

Syukur.. saya akan berjuang untuk pastikan jisim saya hari ini.. turun 1 kg.. dan begitulah hari seterusnya..

Saturday, June 14, 2014

Tempoh 14 hari




Alhamdulliah.. hari ini tamat tempoh diet untuk 2 minggu... Pelbagai rintangan dan cabaran melanda.. Tapi syukur, setiap kali rasa nak mengalah... macam ada suntikan semangat bertiup dalam diri..Alhamdulliah.. terima kasih ALLAH...

Secara kesuluruhan.. prestasi minggu ke 2.. masih di tahap kelas BAWAHAN... hmmm... setakat 14 haribulan.. capaian saya hanya sekitar 0.6 kg turun.. Saya bermula 67.5 kg pada 1 hb dan pada hari ini.. jisim saya 66.9 kg..jika ikutkan pengalaman bulan 2.. setakat 14 hari..saya mampu mencapai penurunnan 1.9 kg.. 

hal ini buat saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri... Walaupun angka 66 sudah kelihatan tetapi saya agak kurang puas hati dengan pencapaian selama 14 hari ini...

Mula terdetik di hati saya untuk jadi lebih BERDISIPLIN.. bukan saya tidak berdisiplin percubaan kali ini.. Saya masih lagi mengamalkan senaman seperti pengalaman lepas.. Namun KELEMAHAN yang saya belajar daripada percubaan kali ini adalah dari segi corak pemakanan..

JIKa dahulu.. saya sangat BERTEGAS dalam memilih makanan.. NO RICE ... itu pantang paling besar.. kemudian waktu malam saya sangat berjaga dari segi pemilihan makanan.. biasa saya makan nestum, buah, biskut dan teh hijau.. Namun tidak untuk  kali ini..

Saya sengaja mencuba pendekatan MAKAN dan MINUMLAH apa sahaja asalkan terkawal dan bukan junk food dan bergas.. Namun nampaknya seakan gagal rentak saya bina ini.. Bagi saya...macam kurang BERDISIPLIN... boleh hentam apa aje.. minyak ker... manis ker.. boleh je... kalau dulu, nak minum air teh pun tak boleh kecuali tanpa gula iaitu TEH HIJAU.. KALAU tak akan kena denda SENAMAN BERAT..

Saya cuba untuk kurang STRESS untuk percubaan ini dengan melonggarkan SYARAT.. tapi nampaknya macam segan silu je nombor penimbang neh nak turun.. HMmmmm... Lantas saya mula terfikir untuk kembali ke teknik asal mulai esok selama 2 minggu seterusnya..sekadar cubaan sebelum menjelang RAMADHAN...

InsyaALLAH saya akan cuba sedaya mampu untuk berperang dengan NAFSU MAKAN dan MINUM...

SYarat yang saya tetapkan:

a) TIADA NASI kecuali kalau ada orang masak dan belikan.. (sendiri mau bikin dan belikan...tidak diizinkan..)
b) TIADA AIR MANISAN .. bukan sekadar bergas.. sekarang tiada lagi manisan.. okey, selamat tinggal air SARSI dan DURIAN BELANDA di dapur..

maka ..saya cuba nak merancang strategik makan dan minum..

a) Pagi: Biskut, 
b) Pagi pukul 10: Buah, Air teh hijau , Nestum (selagi ada stok.. tengok macam dah nak habis.. he2)
c) Tengah hari: Biskut (supaya boleh makan berat pada sebelah petang)
d) Petang (waktu rehat di tempat kerja) : Makan bihun/mee (kenapa saya pilih berat waktu ini dan bukan tengah hari?.. alasannya berdasarkan pengalaman saya.. bila saya ambik berat waktu ini.. sesi malam, saya tak perlu ambik makanan banyak sebab masih terasa kekenyangan.. berbeza kalau saya ambik berat pada waktu tengah hari..)
e) Malam: Buah, Air teh hijau , Nestum (selagi ada stok.. tengok macam dah nak habis.. he2)

Minuman: Air masak: wajib 3 liter...
Senaman: 1.5 jam sehari paling kurang 

Target: 2 minggu--> 64 kalau boleh...:)


Doakan saya.. 


Tuesday, June 10, 2014

4P

Nak kurus kena banyak sabar.. kena kuat semangat... formula saya cipta untuk diri saya.. 4P


P: Passion (kesungguhan)
P: Patience (sabar)
P: Pray ( Doa dan solat)
P: Positve (Positif)

Perlu ada kesungguhan pada tahap yang tinggi..kemudian bersabar dengan bermacam dugaan terutama MALAS dan NAFSU MAKAN... paling penting PRAY... jangan nak eksyen sangat dengan ALLAH.. so kena PRAY.. next.. sentiasa positif pada apa yang sedang buat dan hasilnya walaupun jisim tak turun-turun.. THINK POSITIVE.. buat lemak, berpuluh tahun.. takkan tak sampai 2 minggu dah SLIM kot kan... hmmm..

Agak2nya putus asa.. 4P menjelma.. hihi...

Monday, June 9, 2014

Minggu Pertama edisi ke 3

Terlewat pula nak update perkembangan minggu pertama cabaran diet edisi ke 3.. 
Hari ini terlebih rajin pula..
Alhamdulliah.. ada ruang masa dan keinginan nak menulis.
sebenarnya saya menulis blog ini untuk mencari semangat  kerana
realitinya bukan mudah nak BERDIET.. siapa pernah buat.. dia tahulah ...:)

okey.. di sini nak update nilaian jisim saya untuk minggu pertama
Saya bermula pada angka 67.5 kg pada 1 Jun 2014.. dan bila tiba hari ke tujuh.. dup dup2 nak timbang sebab sepanjang tempoh tujuh hari.. banyak nilai menaik.. bimbing dan gusar memikirkanya.. 
Alhamdulliah ..angka tersebut konsisten pada hari ketujuh..
Maksudnya.. hari ke 7, jisim saya 67.5 kg..

Frust juga.. seminggu berusaha keras... tapi jisim tak ada penurunan..
tapi alhamdulliah, ada bisikan datang lewat keadaan itu..
saya kembali positif melihat angka tersebut.. 

Saya pujuk diri saya untuk bersabar dan teruskan berusaha..
Alhamdulliah pengalaman lalu menjadi perantaran ALLAH mendidik diri saya memandang hasil dapatan saya itu sebagai HADIAH ISTIMEWA yang menjadikan saya lebih kuat, yakin dan percaya pada diri saya bahawa satu hari nanti saya boleh KURUS..

Semangat saya makin berkobar-kobar.. Alhamdulliah..sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran kerana ALLAH menggerakkan hati saya untuk menyelak diari ...melihat edisi pertama saya cuba diet.. memang minggu pertama, kurang perubahan...sejuk sikit hati.. hihi
Namun saya tetap cuba mencari di mana pincangnya.. Saya selami dan fikirankan di mana silapnya step cubaan minggu pertama saya...saya cuba belajar dari kesilapan..

hmmm... saya mulai bersetuju dengan pendapat mengatakan faktor pemilihan makan malam.. Makan malam saya memang banyak silap besar pada minggu pertama....Bukan silap sebab saya makan malam.. jangan salah faham.. Please, make yourself clearly..(eceh.. bi lak..)

Makan malam wajib.. WAJIB.. perlu.. saya pernah terbaca bahawa kalau tidak makan malam.. ada negatifnya.. tapi lupa apa kesannya..
Cuma yang silapnya adalah pemilihan waktu dan makanannya..

Saya makan ikut siap masak.. kalu siap, awl.. makan awal.. Kalau siap lambat.. pkul 9 malam baru mengadap.. Lebih parah, menu kebanyakkan berat seperti nasi.. walhal sistem percenaan pada malam  agak perlahan... sebenarnya saya saja nak test betul ker teori cakap jgn ambil makan berat pada malam.. YES.. now saya dapat!! 

Saya nekad untuk berubah.. saya ubah menu saya.. saya terpaksa menagih simpati daripada abah nak makan betiknya kerana buah saya dah habis stok.. ahaha.. kemudian saya bancuh teh hijau dan oat.. 
hasilnya??? tunggulah minggu ke 2.. ahahaha.. insyaALLAH..

dan dengan semangat waja.. melihat stok dah habis... dah belikan benda penting dalam DIET saya.. harap2 makin kuat semangat diet saya..doakan ya...








Wednesday, June 4, 2014

Mood baru..

Alhamdulliah.. hari ini mood baik.. setelah  hari ke 4.. baru rasa selesa, yakin, percaya, dan bersungguh untuk kurus semula.. Hmm.. sedih mengenangkan diet yang bertahan 2 bulan dan longlai di saat akhir gara-gara kekangan masa dan tekanan kerja buat diri rasa tak terkawal 'selera' makan dan tak terdaya untuk keluar bersenam..

Usah dikenang kisah yang pahit.. Jadikan itu motivasi bahawa sebenarnya boleh kurus kalau berusaha.. Itulah yang saya pujuk diri saya..Bukan mudah untuk memulakan langkah dari petak mula... Terasa perit bila selera tekak perlu dikawal..nak makan kena catu dahulu.. Bukan mudah di saat gelora nafsu makan memuncak..

Lebih perit.. bila mahu memulakan langkah senaman.. Tuhan sahaja yang tahu bertapa sukarnya mahu mendapat retak semangat.. Bermula dengan keluar pagi, kemudian disusuli daikinya bukit.. memang mancabar di saat kemalasan melanda. Jenuh berperang dengan penyakit MALAS... Jenuh bertegang urat dengan nafsu yang satu ini.. Hari pertama.. cukup sejam...iitu pn malas-malas... Disusuli hari ke2.. Nasib baik hari ke 3.. retaknya berubah.. Kian bersemangat.. Tapi faham-faham ajelah.. STAMINA memang out.. 1 jam 45 minit dah menyerah kalah... Alhamdulliah impian  3 jam tercapai hari ke 4..

Memang betul orang kata kuasa minda ini luar biasa... Hari ini seperti biasa saya berazam untuk 3 jam.. Tapi macam biasa... Penat dan stamina menjadi halangan.. Tapi bila memikirkan.. dua benda iaitu

a) Tempoh 2 bulan yang kian suntuk untuk sepasang jubah bersaiz M sempena Hari Raya.. gigih juga buat dua round Taman Tasik... Naik turun bukit yang tidak terkira roundnya..

b) faktor kesuburan...walaupun masih bujang tapi memikirkan masa depan bila kahwin.. rasa takut pun ada.. (jangan fikir kuning ya)... kita perlu sedar pada hakikat sebuah perkahwinan.. Melahirkan zuriat penyambung  generasi yang halal lagi soleh dan solehah.. Memang orang kata anak itu rezeki daripada ALLAH.. tapi bukankah ALLAH berpesan kita supaya DIA tidak akan ubah nasib hambaNYA kalau hambaNYA tidak mahu mengubah nasib (maksudnya BERUSAHA).... jadi sementara masih bujang, inilah peluang yang ada.. sesungguhnya alasan ini yang kerap bermain di minda saya saat letih, penat dan rasa nak balik rumah semasa separuh perjalanan bersenam..


Alhamdulliah.. syukur kerana ALLAH bagi saya kesempatan, peluang, masa dan tenaga untuk kembali bersemangat menguruskan badan.. Doakan saya ya kawan-kawan dalam meneruskan misi menguruskan bdan saya secara sihat dan semulajadi.. :)