Friday, April 11, 2014

Semangat Baru



Jika ditanya bagaimana dengan semangat kurus.. memang HANCUR... Setakat hari ini.. kiraan menunjukkan 5.2 kg saya berjaya singkirkan.. Sedih juga... Sejak botol air dengan mp 3 hilang, mood pun hilang.. Tambah dengan beban kerja buat diri STRESS dan terkejar-kejar sehingga terpaksa melupakan displin makan dan senaman.. Main rembat je apa nak makan... Senaman pula aci mengelat je kerana memikirkan lambakan kerja.. 

Namun alhamdulliah.. walaupun orang sekeliling ramai kata saya nampak kurus tetapi mereka yang serumah dengan saya telah memberi SIGNAL kegemukan pada saya.. Mana taknya... Malam mesti selera nasi datang...SANGAT BERBEZA masa bulan 2...

Jadi.. hari ini... saya ingin BERUBAH... Pengalaman hampir 3 bulan (cukup bulan 4) akan saya jadi panduan semaksimum mungkin.....


Matlamat baru saya pada 11/4/2014....

a) Jisim permulaan= 67.4 kg
b) Target = 55 kg
c) Penurunan= 12.4 kg

Tarikh luput: 22/5/2014
6 minggu =12.4 kg ( 1 minggu = 2.2 kg)

Jika berjaya : Sambut birthday walaupun terlajak hari... huhu

Cara:

a) Menu hari

i) Pagi : Oat ( Emping)
ii) 10. 00 a.m: Oat air
iii) Tengah hari : Oat biskut & Kurma
iv) Petang: Bihun sup/ Mee
v) Malam: Oat dan Buah

b) Makan Buah-buahan dan sayur-sayuran.. (sebelum makan, mesti makan buah)
c) Senaman ( 1 jam sehari)
d) Air Masak ( 3 liter sehari)
e) Tidur mencukupi
f) Elak stress

Elakkan:

a) Makan berlemak dan kolesterol
b) Makan dan minuman ringan
c) Air gas/ Manis
d) Nasi

* Jika saya berjaya kurangkan 12 - minimum 8 kg pada 8 Mei 2014- ada hadiah :)

Positifkan diri... Kuat semangat.... Disiplin tingggi... Berdoa..

Doakan saya berjaya dalam cabaran ini :)



2 comments: