Friday, April 11, 2014

Hari Pertama untuk percubaan kedua

Tak tahu nak salahkan apa.. cuaca ker? perut ker? mata ker? mulut ker? Apa yang pasti... sukar untuk saya berhenti mengunyah.. Lepas makan... nak makan lagi.. Teruk betul rasanya..

Malam ini termimpikan nasi.. Nasi Arab la.. Nasi goreng ayam la.. Nasi Lemakla.. Teruk sungguh...
Selain nasi.. keinginan terhadap MANISAN juga sangat melampau.. Maklumlah, selalu Nescafe dengan Teh memang tak boleh renggang.. Tup2 kena kuaratin.. Mana tak merana ...

Saya pelik juga mulanya.. kenapa makan tak berhenti2 neh... Asyik nak mengunyah sahaja... dan malam ini saya jumpa jawapannya... Rupanya saya faktor KEMANISAN... selepas saya makan buah anggur... nafsu saya boleh dikatakan berjaya dipulihkan....


Teringat pesan mak ketika saya mengadu tentang selera makan saya yang tak henti... Mak pesan kalau rasa lapar lepas makan , makan banyak buah.. dan malam ini tergerak hati nak lakukan sebab nampak buah anggur.. dan memang betul cakap mak... Saya berasa kenyang dan kurang sedikit nafsu makan saya..

No comments:

Post a Comment