Monday, April 14, 2014

Saturday, April 12, 2014

Menu DIET utama



Salah satu punca program diet saya macam tak berapa nak serius pada bulan 3 adalah kerana FAKTOR KEHABISAN STOK DIET di atas. bila dah habis... MOOD pun ke laut.. Telan apa yang sempat capai...
Bukan tak nak beli tapi cuba nak latih diri memilih makanan dengan cara bijak.. tapi HAMPEH.. memang terlalu bijak memilih sampai apa yang lalu depan mata... disapunya...

Hari ini.. gigih naik supermarket.. cari STOK kerana tak nak kesilapan yang sama berulang lagi.. maka dapatlah dua stok oat.. Saya bukanlah KAKI OAT... boleh dikatakan saya memang TAK SUKA OAT...tapi yang ini lain sikit.. Memang kena dengan lidah saya.. LEBIH PENTING... Nafsu makan saya berkurangan dan saya cepat KENYANG....sebab itu berkobar-kobar nak beli tadi walaupun langit dah tukar colour mendung.. Semoga selepas ini tiada alasan pelik-pelik lagi untuk mengelat...  

Kena kerja keras betul-betul kali ini...Semoga semuanya dipermudahkan..

8 tips elak perut buncit




Masalah paling besar dan ketara dalam bentuk fizikal saya adalah saiz perut.. Bahagian inilah cepat naik dan bahagian inilah susah turun..Memang susah nak kawal.. Jadi saya mencari formula macam mana nak atasinya.. Jom sama2 praktis..

Tip elak perut buncit..

a) elakkan liposuction, pil diet dan diet ekstrim (aku setuju sgt!!!)

liposcuton=sedut lemak: menyebabkan pendarahan dalaman
pil diet=memberi kesan pada sistem dan mngkn dihasilkn dr bhn yg x sah..(jom elakkan.)



b)makan oat 
oat=rendah lemak, rendah karbohidrat yg x baik, rendah kalori tinggi
Paling best: oat byk nilai nutrisi.
*ambl dgn madu@ buah2an
(pengalaman saya: oat memang mengenyang tetapi bdan rasa ringan..dan pilihlah oat yang anda suka.. saya juga bukan suka makan oat.. kebetulan pilihan yang dibuat kena dengan citarasa... setakat ini, oat tersebut aje yang saya mampu telan.. yang lain memang say goodbye..memang tak boleh masuk..)



c)makan serat, buah2 segar, brokoli, lobak n tomato harus dimakam..
-bgus utk hilang lemak di perut sbb x mempunyai bayk nilai kalori..tp byk serat, mineral & vitamin



d)makan dalm jmlah yg kecil
4-6 hidangan shari..utk meningkat kadar metabolisme



e) senaman
skrg2nya 3-4 kali semggu



f) buat target
-motivasi diri




g) makan pisang, anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun dan buah zaitun serta 100% serat:
-membantu ke arah penurunan jmlah lemask di perut.

Semoga usaha kita berbaloi.. Amin...

Friday, April 11, 2014

Hari Pertama untuk percubaan kedua

Tak tahu nak salahkan apa.. cuaca ker? perut ker? mata ker? mulut ker? Apa yang pasti... sukar untuk saya berhenti mengunyah.. Lepas makan... nak makan lagi.. Teruk betul rasanya..

Malam ini termimpikan nasi.. Nasi Arab la.. Nasi goreng ayam la.. Nasi Lemakla.. Teruk sungguh...
Selain nasi.. keinginan terhadap MANISAN juga sangat melampau.. Maklumlah, selalu Nescafe dengan Teh memang tak boleh renggang.. Tup2 kena kuaratin.. Mana tak merana ...

Saya pelik juga mulanya.. kenapa makan tak berhenti2 neh... Asyik nak mengunyah sahaja... dan malam ini saya jumpa jawapannya... Rupanya saya faktor KEMANISAN... selepas saya makan buah anggur... nafsu saya boleh dikatakan berjaya dipulihkan....


Teringat pesan mak ketika saya mengadu tentang selera makan saya yang tak henti... Mak pesan kalau rasa lapar lepas makan , makan banyak buah.. dan malam ini tergerak hati nak lakukan sebab nampak buah anggur.. dan memang betul cakap mak... Saya berasa kenyang dan kurang sedikit nafsu makan saya..

Semangat Baru



Jika ditanya bagaimana dengan semangat kurus.. memang HANCUR... Setakat hari ini.. kiraan menunjukkan 5.2 kg saya berjaya singkirkan.. Sedih juga... Sejak botol air dengan mp 3 hilang, mood pun hilang.. Tambah dengan beban kerja buat diri STRESS dan terkejar-kejar sehingga terpaksa melupakan displin makan dan senaman.. Main rembat je apa nak makan... Senaman pula aci mengelat je kerana memikirkan lambakan kerja.. 

Namun alhamdulliah.. walaupun orang sekeliling ramai kata saya nampak kurus tetapi mereka yang serumah dengan saya telah memberi SIGNAL kegemukan pada saya.. Mana taknya... Malam mesti selera nasi datang...SANGAT BERBEZA masa bulan 2...

Jadi.. hari ini... saya ingin BERUBAH... Pengalaman hampir 3 bulan (cukup bulan 4) akan saya jadi panduan semaksimum mungkin.....


Matlamat baru saya pada 11/4/2014....

a) Jisim permulaan= 67.4 kg
b) Target = 55 kg
c) Penurunan= 12.4 kg

Tarikh luput: 22/5/2014
6 minggu =12.4 kg ( 1 minggu = 2.2 kg)

Jika berjaya : Sambut birthday walaupun terlajak hari... huhu

Cara:

a) Menu hari

i) Pagi : Oat ( Emping)
ii) 10. 00 a.m: Oat air
iii) Tengah hari : Oat biskut & Kurma
iv) Petang: Bihun sup/ Mee
v) Malam: Oat dan Buah

b) Makan Buah-buahan dan sayur-sayuran.. (sebelum makan, mesti makan buah)
c) Senaman ( 1 jam sehari)
d) Air Masak ( 3 liter sehari)
e) Tidur mencukupi
f) Elak stress

Elakkan:

a) Makan berlemak dan kolesterol
b) Makan dan minuman ringan
c) Air gas/ Manis
d) Nasi

* Jika saya berjaya kurangkan 12 - minimum 8 kg pada 8 Mei 2014- ada hadiah :)

Positifkan diri... Kuat semangat.... Disiplin tingggi... Berdoa..

Doakan saya berjaya dalam cabaran ini :)