Tuesday, February 4, 2014

Rasional dalam membuat target kurus

Untuk entri pertama pada hari ini... saya ingin mengupas satu isu yang pada saya sangat penting dan mesti adalah dalam diri kita..Isu yang ini saya ketengahkan adalah target dalam menguruskan badan.. Hal ini berkaitan dengan tempoh untuk menguruskan badan...

Pernahkah kalian berasa putus asa terhadap program diet yang langsung tidak menampakkan hasilnya?? Timbang ...tengok2 nilai sedikit bertambah atau tiada sebarang perubahan ?? Sejujurnya saya sudah pernah melaluinya ketika melalui fasa pertama menyertai program diet.. Memang rasa kecewa, hampa, geram, marah dan benci pun ada ... Kalau bercakap soal putus asa... Memang banyak kali terdetik perkara itu.... 

Namun alhamdulliah melalui pambacaan kisah mereka berjaya menguruskan badan, buat saya kembali bersemangat.. Saya percaya tiada jalan pintas untuk kurus secara sihat.. Perlu kerja keras dan disiplin serta doa secara istiqamah atau berterusan.. 

Cuba fikir secara logik akal.. Berapa lama tempoh kita menternak lemak sehingga tubuh kita membesar dengan pesatnya???? Adakah dalam tempoh sehari dua atau seminggu ??? Pastinya bertahun lamanya kan...Kita makan tanpa kawalan selama bertahun lamanya dan alih2 nak kurus dalam masa singkat..... Nampak sangat tidak realistik di situ..

Maka cadangan saya yang sedang mahu mengubah diri dan sedang bereksperimen..

a) Letakkan matlamat yang rasional untuk kuruskan badan.. (jangan terlalu sikit kerana takut kita buat hangat-hangat tahi ayam dan selalu mencari alasan untuk tidak berdisiplin.. atau jangan terlalu drastik kerana kuatir menyesak diri dan mudah berputus asa...Saya sekarang sedang memberi tempoh 3 bulan untuk diri saya mencapai matlamat saya.. Anda pula??)

b) Bereksperimen.. Cuba bereksperimen dengan pelbagai kaedah untuk mencari kesesuaian diri dengan   plan diet

Contoh: saya telah menjumpai beberapa rahsia tersebut secara eksperimen iaitu...

Untuk nutrisi selepas senaman: saya pastikan mengambil protein (oat, ayam atau ikan) untuk tujuan membaiki tisu .. Sya dapati kaedah ini sangat menyegarkan dan saya kurang mengantuk berbanding jika saya mengambil bihun, nasi ...

Saya juga dapati pengambilan makanan malam yang berbentuk ringkas seperti oat, biskut, roti untuk makan malam sebenarnya penyumbang terbesar dalam penurunan jisim badan...Namun pastikan kuantitinya dalam nilai berpatutan .. Jangan berlebihan..

Saya kuat nafsu makan.. Itu masalah saya.. Saya jenis sukar menolak makanan..dan saya jenis nak makan dan nak makan.. Maksudnya di sini... Kalau saya makan sesuatu makanan, saya mesti nak rasa makanan lain.. Contoh lepas makan bihun pasti nak kuih, coklat.. Keinginan membuak2.. Inilah kelemahan saya.. Maka saya bereksperimen.. Melalui pembacaan saya.. saya cuba aplikasikan kumur dengan kopi.. dan memang ternyata betul.. Rasa kepahitan kopi melemahkan nafsu selera kerana mult rasa tidak sedap..Kalau tak percaya boleh cuba..

Lagi satu saya bereksperimen dengan TEH HIJAU.. Pertama kali saya minum teh hijau keluaran BOH semalam.. Tujuaannya nak rasa ...Selebihnya untuk kajian kesannya. Banyak kelebihan TEH HIJAU antaranya meningkatkan metabolisme..itu ikut konsep.. Ok fine..Sya pun teguk juga. Mak ai KELAT.. Paling ketara selera saya berkurangan.. KENAPA???? kerana Teh ini KELAT (adik-beradik PAHIT)...Penggemar MANIS seperti saya, memang saya tidak suka air sebegini..
Disebabkan air ini  mulut saya kelat dan begitu juga tekak saya.. (macam orang demam)..Maka selera saya untuk makan berkurangan...bagi saya ini tidakbalas yang bagus supaya saya tidak makan lebih.. ahaha.. percaya atau tidak jisim saya sekarang turun dengan baik .. saya telah mencapai 71.4 kg daripada 72.7 kg dalam tempoh 3 hari.. (namun faktor senaman dan kawalan makanan serta tidur cukup juga mempengaruhi)

*Maka cuba bereksperimen tetapi pastikan ada ilmu...

Paling penting ingatkn diri... Menternak lemak pun ambik masa lama apatah lagi untuk membuangnya.. Beri masa yang realistik untuk kurus...

2 comments:

  1. Good tips. :D Saya pun tengah cuba untuk kuruskan badan. Saya selalu kecewa jugak, sbb berat badan tak pernah turun2. :( but yes you're right, never give up. :) All the best to you. <3

    ReplyDelete
  2. yes.. jangan mudah putus asa.. jom sama2 beri masa pada tubuh untuk kurus..letak target yang realistik..:)

    ReplyDelete