Tuesday, February 4, 2014

Pesan Abah....

Ada berbual dengan abah tentang kesihatan.. Kebetulan abah pun tengah diet tapi abah dah lama start.. Tengok abah yang nak cecah 60++ masih berdaya kayuh basikal setiap hari (kerap berlaku) buat diri kagum.. Badan abah pun kalau tengok dari belakang nampak kurus..he2.. semangat abah sangat kuat sepertimana semangatnya dia waktu zaman kerja dulu2 sebagai guru(sekarang pencen).. dia begitu komited terhadap matlamatnya walaupun mengambil masa.. Sabar betul dia..

Kembali kepada topik.. tiba2 semalam abah berpesan ... Pesanan itu berlaku spontan sewaktu berbual dengan abah...Abah cakap kalau deman, sakit perut ..kita makan ubat dan rehat ...tidak lama kita sihat dan tak perlu lagi bergantung pada ubat.. Tapi kalau kita ada sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis (sebagai contoh).. bila dah start makan ubat... kebarangkalian besar hidup kita akan bergantung sepenuhnya pada ubat itu sepanjang hayat kita..

Saya terdiam dan terfikir.. Ya betul juga cakap abah tu.. Contoh di sekeliling sangat banyak dan sejarah keluarga sebelah mak dan abah memang rata2 berpenyakit dengan 3 serangkai ini..Ubat satu kemestian perlu di makan sebelum mahupun selepas makan.. Malahan 'terpaksa' kontrol makan walaupun nak sebab penyakit.. Keadaan ini menimbulkan 'signal' bahawa saya harus berjaga-jaga dan teruskan usaha berdiet secara semulajadi bukan sahaja untuk kurus tetapi lebih utama demi kesihatan saya.. Terima kasih abah...(teman bual dan mengadu terbaik sama macam mak..Selalu ada bersama baik susah mahupun senang...) Sayang abah dan mak :) 

8 comments:

  1. sekarang ni memang perlu selalu jaga pemakanan.. bila dh mula sakit, payahla kan.. =)

    ReplyDelete
  2. betul2.. masa skrg mgkn xperasan lagi sbb metabolisme masih ok.. kita x thu dua puluh tahun akan datang.. jdi kena berjaga2 dari skrg

    ReplyDelete
  3. betul2...sbb setiap ubat ada side effect tau..cm amik panadol utk jangka panjang ginjal n hati jd rosak..lg pula bila slalu amik ubat akn mmbuat 'tolerance' yakni kta akn tambah dose utk dpt kesan yg sama...ht2 ya..

    ReplyDelete
  4. thanks athiqi ariff ats info yang berguna...bt saya makin berhati2 dan lebih bersemangat utk jaga kesihatan :)

    ReplyDelete
  5. hurmmm.. masalahnye byk sgt makanan tak sihat yg menjadi salah satu kegemaran sy XDD

    aiyaaaa...
    yg bemda sihat mcm sayur errmm...... mmg tak makan dah XDD buah-buahan tak pe.. tapi bukannya setiap hari ada buah dalam peti ais ye dak XDD

    ReplyDelete
  6. Pd pndgn sya mmg ssh nk mulakn sesuatu yg luar di kbiasaan kta dan amt pyh utk tgglkn hbit asal kt.. tpi kta xblh mgalah mcm tu je.. cb scra prlhn2.bereksperimn dgn diri kta ...sdiakn award jg nmpk prubhn.. he2

    ReplyDelete
  7. baca kisah saya turunkan berat badan jom :)
    http://kepalehotekk.blogspot.com/2014/02/turun-10kg-dalam-masa-2-bulan-tanpa.html

    ReplyDelete
  8. thanks fatihah.. sya sgt kagum dan teruja dgn semangat awak serta hasilnya.. harp dpt jadi mcm awak.. doakan sya agar dapat kurus jgk :)

    ReplyDelete