Tuesday, February 4, 2014

Metabolisma


Metabolisma merupakan agen utama dalam membantu menguruskan badan... Namun ramai yang tahu istilahnya tetapi kefahamannya kurang termasuklah saya.. Saya tahu metabolisme bagus untuk badan tetapi secara saintifiknya, jujurnya saya terkial-kial...

Ok, jom kita pergi satu per satu mengenai metabolisma:


1) Sejauh manakah kecekapan badan anda menukar makronutrien
kepada tenaga (kalori). Itu adalah metabolisma, proses
pembakaran kalori. lelaki mempunyai metabolisma lebih tinggi
dari wanita. So lelaki mempunyai keupayan membakar kalori
lebih tinggi dari wanita.

Metabolisme=kecekapan badan menukar makronutrien(protein, karbohidrat, dan lemak ) menjadi tenaga= proses pembakaran kalori




2) Proses metabolisma berlaku setiap saat. Walaupun anda
sedang tidur. Ini bermakna proses pembakaran kalori berlaku
setiap detik.




3) Sel otot membakar lebih kalori dari sel lemak.
2.2kg otot dapat membakar kalori sebanyak 3kali ganda
lebih tinggi dari 2.2kg lemak. Point disini menunjukkan
workout (senaman)  dapat membantu anda membakar lebih kalori.




4) Proses metabolisma memerlukan air yang banyak. Kekurangan
air akan menyebabkan metabolisma menurun. Kajian menunjukkan
seseorang minum 8 gelas air kosong sehari dapat membakar lebih
kalori berbanding orang yang minum 4 gelas sehari.




5) Vitamin B Komplek dapat membantu sel meningkatkan
metabolisma. Dalam kebanyakkan minuman bertenaga, unsur
dalam vitamin B dimasukkan sekali agar ia membantu anda
meningkatkan metabolisma.




6) Kaffein juga dapat meningkatkan metabolisma. Kajian
menunjukkan minum satu gelas coffee sebelum workout dapat
meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan pembakaran kalori.




7) Makan 4-5 kali sehari dapat mengaktifkan kadar metabolisma
diri. 3 makanan utama (breakfast, lunch & dinner) dan masukkan
2 hidangan kecil antara makanan utama.




8) Protein lebih sukar dicernakan berbanding karbohidrat dan
lemak. Jadi pengambilan protein yang tinggi dapat meningkatkan
metabolisma badan.




9) Elakkan 'crash diet'...crash diet adalah diet yang diambil
kurang dari 1000kcal sehari. Ia memang berjaya menurunkan berat
badan namun penurunan itu berpunca dari jisim otot. Ia akan
menurunkan kadar metabolisma diri anda. Seterusnya anda mudah
mengalami peningkatan berat badan kembali jika terlebih
mengambil kalori.




10) Cara terbaik meningkatkan metabolisma adalah membuat
aktiviti yang membakar kalori. Bina otot dengan workout dan
kekalkan kehidupan yang aktif. Lagi banyak pergerakkan anda,
lagi tinggi pembakaran kalori diri anda.

*Terima kasih pengirim email.. Jasa anda sangat saya hargai :)





No comments:

Post a Comment