Sunday, February 23, 2014

Medical check up 1


Seumur hidup saya.. inilah pertama kali saya buat 'medical check up' atas keinginan diri sendiri untuk mengetahui tahap kesihatan saya.. Selama ini saya tak ambik peduli pun kerana 2 sebab:
a) rasa tak penting
b) takut berhadapan dengan keputusan
Maka saya tak ambik pusing hal check kesihatan ini.. Kalau pergi medical check up pun atas sebab:
 Sambung belajar
Nampak tak bertapa 'tidak seriusnya' sya terhadap kesihatan..

Namun alhamdulliah, sejak saya berniat nak kurus secara sihat semulajadi ini, makin lama jiwa saya semakin 'jatuh cinta' untuk kurus demi kesihatan..
Maksudnya di sini... saya bukan lagi melihat edisi kurus badan ini untuk kecantikan, kecomelan dan seangkatan dengannya tetapi lebih kepada faktor kesihatan..
Dahulu memang aim untuk cantik..tapi bila dah terjebak hampir 3 minggu dengan edisi menguruskan badan dan boleh dikatakan kerap bersenam di Taman Tasik, persekitan mula membentuk diri saya untuk lebih serius kurus untuk sihat.. Saya melihat rata2 yang pergi berjogging, semuanya boleh dikatakan kurus dan ada jisim ideal dan ini membuatkan saya terfikir bertapa sebenarnya saya perlu menjadi seperti mereka, pentingkan kesihatan walaupun sudah berada dalam zon selesa nilai jisimnya..

Maka, kesempatan yang ada ketika berjogging pagi tadi...saya gunakan untuk buat medical check up... Takut pun ada juga untuk tahu keputusannya..Namun saya cuba positifkan diri untuk terima keputusan dan saya cakap pada diri saya, jadikan keputusan itu nanti sebagai guideline untuk proses akan datang

Dan dengan penuh berdebar... saya mendapat bacaannya...


jisim saya = 69.7 kg ( 1/2/2014 : jisim saya 72.7 kg)
saya perlukan  69.7-55= 14.7 kg  untuk capai BMI normal tetapi orang itu cakap, pengalaman dia yang seperti saya, elok 48 kg.. tak apa.. untuk 2 bulan akan datang, saya cuba capai 55 kg dlu.. 

Body fat rate: 42.8 ( sangat tinggi... usia saya, sepatutnya 25.4 untuk medium).. maka saya perlu berkerja keras untuk buang kegemukan ini.

% Body  water range =41.9%% ( saya masih kategori kurang air walaupun 3 liter wajib setiap hari saya amalkan) sepatutnya wanita= 50-55%
Maka saya dicadangkan minum air seawal 7 pagi.. setiap 2 jam, pastikan habis satu liter...dan berhenti sekitar jam 9 malam..

Muscle mass= 37.5

Physical ratings=3 (solidity built)
Maksdnya saya mempunyai lemak dan otot yang tinggi..Saya rasa puncanya dari body fat rate saya di atas tadi..

Basal Metabolic Rate=1283 ( jumlah kalori saya perlu ambik sehari)

Basal Metabolic Age=51 ( sangat sedih, umur saya baru 26 tapi saya punya result seperti orang berusia 51)..tersenyum dalam terkejut saya melihat bacaan ini.. tak apa, satu cabaran untuk saya..

Bone Mass= 2.3 ( bacaan ini saja, menunjukkan normal).. maksdnya, saya tidak ada masalah tulang.. kesimpulannya kandungan kalsium saya baik..

Visceral Fat=9 (Bad) saya berada dalam rate bad iaitu 9-12.. saya perlu berusaha untuk medium (5-8) sebelum excellent (1-4)...

Kesimpulannya.. lemak saya masih tinggi dan saya perlu bekerja keras lagi untuk senaman dan pemakanan..

Untuk mingu ke 4 iaitu minggu terakhir bulan pertama saya dalam proses kurus badan, saya berharap dapat capai impian saya untuk:

a) 67.7 kg ( 5 kg hilang)
b) BMR: 0besiti ke overweight

Doakan perjalanan saya dipermudahkan :)

6 comments:

  1. Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) (PAHANG)

    http://jawatan-kosongkerajaanswasta.blogspot.com/2014/02/jawatan-kosong-di-universiti-teknologi.html

    ReplyDelete
  2. clinic medical check up? teringin nak buat XDD
    tak kna duit ke?
    btw wow bnyk nya yg nak kna buat demi kesihatn diri TT^TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. free je..he2.. tau xpe.. byk nak kena bt..

      Delete
  3. Kat sek chegu ada dtg kesihatan suruh buat benda2 dgn kos rm10. Tapi x sempat la sbb kelas banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg byk keje skrg neh..tambah awal2 thun..he2

      Delete