Thursday, February 6, 2014

Kongsi Tip Sihat Secara Semulajadi Bersama

Alhamdulliah kesihatan pulih setelah mendapat cukup tidur... Memang tak sempat nak melihat buku kerja pelajar kerana fokus mahu dapatkan tidur yang cukup..off  day semalam.. he2.. 

Hari ini terjaga dalam keadaan kepala yang sudah tidak pening.. dahi tidak tegang dan mata tidak berat.. Alhamdulliah..Rasa nikmat tidur semalam... 

Hari ini di sekolah ada raptai merentas desa.. maka sesi jogging 'off' di Taman Tasik... Namun itu bukan alasan tidak bersenam... Saya cuba mencuri masa lebih kurang 20 minit sebelum ke sekolah bersenam aerobik di rumah.... Wah bestnya ..Lama tak buat sejak tidak berdiet..ahaha...Memang peluh memercik-mercik kerana pergerakan tanpa henti..Alhamdulliah puas sangat...

Datang ke sekolah.... saya ambk kesempatan  warming up dan berjalan bersama dengan pelajar tetapi tidak boleh ikut terus kerana perlu jaga laluan... Maka untuk memastikan tubuh bergerak..Saya bawak botol air TUPPERWARE yang berisi air sebagai alat senaman saya.. he2...Sambil tunggu pelajar, saya jadikan botol air itu sebagai pemberat untuk saya buat senaman setempat.. Memang berpeluh dan lucunya pelajar tersenyum dan ketawa melihat aksi saya.. Cikgu-cikgu pun tegur gelagat saya tetapi saya tidak kisah walaupun malu juga.. Buat-buat kontrol dengan ayat kebosanan menunggu...Ahahhaha...

Di kesempatan ini.. jika sahabat2 ada tip dan pengalaman menguruskan diri dengan cara semulajadi...saya sangat berminat untuk membacanya.. Sahabat-sahabat dialu2kan berkongsi di sini supaya dapat memberi motivasi kepada orang seperti saya untuk menguruskan badan secara sihat... Jasa kalian sangat dihargai...:)

No comments:

Post a Comment