Tuesday, February 11, 2014

Komen Pertama


Jika kira balik dari kalender.. Hari ini secara rasminya genapla 11 hari saya DIET.. Maka 11 hari hidup saya penuh pantang larang...Pantang larang yang saya cipta dengan bermatlamat dalam tempoh 3 bulan, saya dapat capai jisim saya 55 kg dari nilai asal 72.2 kg.. Doakan ya :)

Target pertama saya mahu sekarang dalam tempoh terdekat adalah jisim 70 ke bawah.. Kalau 69.9 pun kira saya dah mencapai matlamat pertama saya..Amin.. Saya akan bekerja keras ke arah itu...

Berbalik kepada tajuk asal.. Hari ini dalam sejarah saya menerima 1 komen positif daripada rakan sekerja saya.. dia kata saya nampak kurus.. Saya mulanya ketawa sebab fikir dia sedang bergurau kerana dia memang suka usik saya..Tambah pula sebelum topik ini dibuka, dia ada usik saya tentang soal jodoh saya... Saya ingat dia mahu terus panjangkan gurauannya itu...Saya pun ketawa je sambil melihat PBS pelajar....

Namun ... dia sekali lagi mengulang ayat sama...dengan penuh tegas....eh betullah you nampak kurus (lebih kurang macam tu lah ayatnya)....Saya tersenyum walaupun hakikatnya saya rasa perut saya masih BOROI...

Mungkin pandangan orang berbeza.. Bagi saya, saya masih rasa GEMUK sbb kebuncitan yang masih terserlah walaupun isinya sudah padat dan tidak menggelebeh macam dulu..

Apa-apa pun saya jadikan kata2 itu sebagai semangat dan saya akan terus berjuang untuk dapatkan matlamat dan seterusnya mahu buktikan.. Saya boleh KURUS DENGAN SEMULAJADI...

16 comments:

  1. chaiyok2..saya pun dlm proses dptkan bdn ideal :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah malam...semoga usaha untuk kurus secara semula jadi akan tercapai...yang penting kesihatan perlu di jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...trima kasih ats smgat dan tip yg diberi..saya akan usahakan yg terbaik :)

      Delete
  3. hehe,saya target 3 bulan jugak. Good Luck!

    ReplyDelete
  4. sama dgn saya..tengah nak usahakan turun berat badan sampai 53 kilo..dah hampir 2 minggu jugak la diet+ treadmil+sit up. harap2 membawa perkhabarn gembira nanti..hehe..jom kita berdiet..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. cyoik2.smgo sama2 dpt capai target :)

      Delete
  5. semoga berjaya.. ini tips dari saya sendiri jom la baca...

    http://mohdyunus89.blogspot.com/2013/09/tips-kuruskan-badan-kempiskan-perut.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. sgt mengujakan dan mmbri motivasi utk sya kurus..:)

      Delete
  6. iyaa.insyaAllah,,pasti bolh kurus ^_^

    ReplyDelete
  7. amboi... diet eh.. hee.. semoga berjaya ^_^

    ReplyDelete