Wednesday, February 5, 2014

Hari Berduka cita...

Baru semalam saya gembira dengan perkembangan diri saya tetapi tidak pula pada hari ini.. Sebelum saya melelapkan mata akibat kepeningan kepala yang makin terasa, ingin saya tinggalkan jejak sebagai satu pengajaran buat saya agar tidak mengulangi kesilapan ini...

Segalanya bermula awal pagi... Niat mahu berjogging makin berkobar bila melihat perkembangan diri yang positif.. Selepas solat subuh saya pantas menyiapkan diri saya dengan niat mahu tiba awal di kawasan jogging walaupun tidak cukup tidur (tidur sekitar 3 pagi kerana tidur petang).. Saya kuatkan semangat tambahan pula tiada tanda2 lemah badan akibat tidak cukup tidur... Hati meronta-meronta untuk sampai awal.. nak cipta sejarah sebelum pukul 7.00..Namun perancangan ALLAH melebihi segala-galanya.. saya tersekat di jalan raya kerana berada di persimpangan jalan raya yang mana kereta keluar masuk...Saya cuba bertenang kerana menganggapkan ini ujian dengan alasan waktu begini pasti sibuk pelajar mahu ke sekolah dan pekerja mahu ke tempat kerja..

Akhirnya saya tiba sekitar 7.15 di tempat jogging.. Kira awal bagi saya walaupun tidak capai target asal.. Tapi x apa saya anggap mungkin bukan rezeki saya... Namun ALLAH baik, dia uji saya dengan kesesakan lalulintas tapi dia gantikan kekecewaan saya dengan parking paling dekat (mula2 saya fikir mesti parking jauh sebab dah lambat)..

Namun kegembiran sekejap sahaja...Ketika saya berada dalam kete dan matikan enjin, alarm keta kedengaran... Mulanya tidak panik sebab pernah terjadi.. Sya keluar dan cuba matikan.. Namun gagal... Sya  masuk dalam kete semula, cuba buat sesuatu..tetapi gagal.. Muka dah mula tebal menahan malu kerana bunyi alarm yang kuat.. Saya keluar semula..cuba lagi dan cuba sehingga ada lelaki cina datang...Dia ingin membantu tetapi elok dia mahu hulurkan bantuan, alarm berjaya saya tutup......Ishk mcam mengada2 pula alarm neh...malu tuan dia...huuhu

Dukacita seterusnya bermula... bila saya terlewat ambik sarapan pagi gara2 mahu rehat selepas meneguk air banyak..Sya ingat nak rehat sekejap, bagi tempoh masa untuk bdan tetapi terbabas sehingga jam 9 lebih baru saya ambik sarapan oat dan teh hijau... Sudahnya perut terasa kenyang dan saya serba salah mahu ambk makan tengahari pukul 10-11... Sya perlu ambk awal kerana sesi persekolahan hari ini bermula jam 12 tengahari..Tup2..saya tangguhkan dengan alasan perut masih penuh dan akan makan di sekolah..

Tiba di sekolah.. Dugaan lain datang.. Lepas aktiviti kokurikulum saya ada break 1 waktu tetapi masa yang spatutnya saya isi perut, terguna untuk berbincang dengan 2 orang guru untuk memilih pemenang pertandingan mencipta logo dan moto Persatuan Sains.. Sudahnya saya terpaksa lupakan niat kerana ada kelas.. saya masuk ke kelas  dengan perut ksong...Selepas kelas, saya sempat teguk air dan sambar 2 biji kurma sebelum bergegas ke surau kerana saya tahu saya kesuntukan masa kerana selepas rehat saya ada 2 kelas lagi.. Akhirnya saya makan 2 keping biskut oat dan 2 biji kurma untuk makan petang selepas kelas dalam keadaan badan mula rasa lemah ...Badan mula rasa kelaparan sangat dan kepeningan akibat kurang tidur membuatkan saya macam takut juga nak memandu  balik tetapi gagah juga..

Sampai di rumah.. Ada pizza hut terbentang.. Nak tolak....lapar tak tahan..Maka bermulalah episod makan.. Sedih juga sebab itu kan makan junk food.. Namun saya positifkan diri... Hari ini CHEAT DAY walaupun makan dalam kuantiti terkawal... Itu cerita duka saya hari ini..

Maka pengajaran saya peroleh....jaga waktu makan dan tidur... Bila lompong satu, maka akan ganggu perancgn lain dan akhirnya kita stress.. Akibatnya berlaku sedikit peningkatan jisim...:(

6 comments:

  1. awak boleh ! percaya pada diri sendiri. kalau diet dah terganggu shari, jgn stress ! kita diet secara bersantai ! jgn terlalu ikut scheduled ! ingat tu !
    thanks sbb sudi baca blog saya :)

    ReplyDelete
  2. thanks teha ats sokongan...lebih positif dari smlam...sya akan cb perbaiki dari semasa ke semasa...:)

    ReplyDelete
  3. yang penting sihat dan ceria okew ;)

    ReplyDelete
  4. ya..sya cb utk jadi spti itu..thanks nayfatimah atas support :)

    ReplyDelete
  5. amin..thanks noor mala shahar :)

    ReplyDelete