Sunday, February 2, 2014

Bahaya Minuman Bergas terhadap diet

Pernah tak terfikir kenapa MiNUMAN BERGAS sangat berbahaya dan sangat tidak digalakkan dalam kehidupan seharian apatah lagi kepada yang sedang DIET?

Sebelum persoalan itu dirungkai?? Nak tanya.. bayangkan kita sedang menenguk air gas, adakah haus kita akan hilang atau kita rasa nak dan nak lagi minum air itu???

Sejujurnya saya berada di situasi kedua.. Rasa nak tu takkan hilang kalu pekena seteguk je.. mesti nak tambah... kadang2 bila dah habis setin.. rasa dahaga tak hilang pun sebaliknya nak minum lagi air gas itu..Aneh..

Maka bila start DIET, saya mula terfikir kenapa jadi begitu?? Di manakah tipu daya minuman ini?? Maka mula pencarian ilmu di internet... Dari pembacaan yang saya faham.. di sini saya nak share... kalau salah mohon diperbetulkan (saya memang tak minat biologi..ahaaha)

Bila kita minum air bergas (kandungan gula 7-8 sudu teh)-->gula ini mudah dicerna menjadi glukosa( gula jenis  karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs).--> pankreas akan mendapat isyarat --> maka insulin dirembeskan secara mendadak dan banyak untuk tujuan mengangkut glukosa ini ke dalam sel --> ini menyebabkan paras darah JATUH MENDADAK-->  OTAK akan beranggapan badan masih perlukan lagi sumber tenaga--> maka kita akan MINUM dan MINUM ..akibatkan kandungan gula makin meningkat..disebabkan terlalu banyak kandungan gula diambil maka berlaku lebihan glukosa--> lebihan ini akan ditukar jadi GLIKOGEN dan dibiarkan dalam sel untuk digunakan ketika PUASA atau AKTIVITI KARDIO.---> jika tidak digunakan(jenis malas nak senaman dan tak kawal makan)--> insulin diarahkan menukarkannya kepada LEMAK--> selapas itu...faham2 je lah kalau pak cik LEMAK neh dah mula bina tapak dalam tubuh kita..

kesimpulannnya... 

minum bergas (karbohidrat)--> glukosa---> glikogen(sebab lebih dan dibiarkan sekejap kot2 berpuasa atau buat exercise)-->lemak (jika glikogen tidak digunakan)

Maka berfikirlah sebelum mengambil AIR BERGAS 

No comments:

Post a Comment