Friday, February 28, 2014

Perjalanan bulan 2

Esok bermula tirai bulan 3.. Maka secara automatik masuklah bulan ke 2 saya berdiet... Kegusaran mula saya rasa setelah menghadiri taklimat MSSD petang tadi.. Saya telah didaftarkan sebagai petugas untuk Majlis Sukan Sekolah Daerah bermula minggu depan. Saya terima itu sebagai tanggungjawab tetapi agak takut juga dengan plan diet saya kerana sudah tntu masa untuk saya bersenam, tiada. 

Seawal 7.30 pagi, saya harus berada di tempat kejadian walhal kebiasaannya pada waktu itulah saya akan berjogging..Saya khuatir dengan pembakaran kalori saya nanti.. Lebih mengharukan apabila memikirkan jenis makanan yang bakal disediakan untuk petugas.. Kalau nasi, habislah saya...Lebih menakutkan, tempoh masanya SEMINGGU.... Aduh apalah nak jadi dengan keadaan DIET saya di tengah padang nanti?? Kalau boleh lari dengan pelajar, nak juga walaupun sah2 akan dapat nombor akhir.. Tapi saya tak kisah asalkan kalori saya terbakar..Tapi nanti orang cakap buang tabiat apa pula.. Lagipun kalau saya lari, siapa nak jadi hakim balapan???


Oh sungguh mencabar minggu pertama nanti.. Senaman ke mana, cara makan ke mana.. Sangat risau.. Kalau di sekolah, boleh lagi 'mengelat' tak nak makan nasi kerana kita bayar sendiri.. Ini kalau orang dah sediakan takkan kita nak order benda lain.. Ingat anak emas ker.. huhu

Saya berharap sangat... BULAN KEDUA lebih cemerlang dari BULAN  PERTAMA..

Tanggungjawab itu amanah... Kurus itu impian.. Semoga perjalanan semuanya berjalan dengan lancar.. Amin


Hasil Bulan Pertama

Alhamdulliah.. hari ini selesailah perjalanan bulan pertama edisi diet saya.. Sangat berdebar dan teruja juga untuk mengetahui keputusan untuk bulan pertama ini....Maklumlah, terlalu banyak suka duka dalam perjalanan menamatkan bulan pertama ini..

Apa yang pasti, kisah duka, kecewa, hampir putus asa selalu mengisi perjalanan ini.. Saya hampir mahu mengalah bila melihat tiada sebarang perubahan.. Nak2 pada minggu pertama dan kedua yang mana permulaan langkah saya.. Pastinya kita mahukan yang gembira tetapi kalau asyik timbang, angka naik dan kadangkala tidak berubah...sakit hati, geram dan kecewa pun ada.. 

Namun alhamdulliah, tuhan masih pinjamkan kekuatan untuk saya di saat saya hampir mengalah.. Pembacaan bahan berunsur diet sihat dan suasana tempat jogging membuatkan saya kembali kuat... Makin lama, saya makin sebati dengan rencah program kurus..

Bagi saya yang suka bereksperimen ... saya dapati memang ada kebenaran bahawa jisim sukar untuk turun pada permulaannya .. Setelah 4 minggu berjuang, saya dapat katakan..

a) Minggu 1 dan 2: lebih kepada proses membentuk otot..dan membaiki bahagian yang menggelebeh..(kita akan perasan: perut, betis makin padat dan kerangka di bahu mula timbul.. bahagian dagu pun tidak menggelebeh) .. saya berandaian mungkin jisim tidak turun mendadak kerana pembakaran kalori berlaku di bahagian lain yang kita boleh perasaan melalui perubahan fizikal dan bukannya pada angka di penimbang..

b) Minggu 3 dan 4: saya dapati, penurunan jisim lebih cepat dan pantas berbanding minggu 1 dan 2... mungkin kerana proses memstruktur bahagian menggelebeh sudah berakhir dan diganti dengan penurunan jisim.. Boleh jadi metabolisme kita semakin baik dan menyebabkan pembakaran kalori lebih efektif..

Saya bermula daripada 72.7 kg pada 1/2/2014...

Minggu pertama: turun 1.3 kg (jisim akhir 71.4kg)
Minggu kedua: turun 0.6 kg (jisim akhir 70.8 kg)
Minggu ketiga: turun 0.8 kg (70 kg)
Minggu keempat: turun 2.4 kg (67.6 kg)

Kesuluruhannya saya turun 5.1 kg dalam 28 hari..

Alhamdulliah.. impian saya tercapai.. target saya untuk turun 5 kg berjaya saya capai...

Namun suka untuk saya ingatkan diri saya.. semua ini bukan mudah.. Perlukan banyak pengorbanan dari segi masa, tenaga dan perasaan serta duit untuk bayar minyak kete.. 

Paling ketara adalah perasaan... Perjuangannya sangat hebat kerana perlu berhadapan dengan dalaman kita yang orang luar tidak tahu.. 

Banyak perasaan perlu dipujuk antaranya:

a) Keinginan terhadap makanan dan minuman seperti : KFC, PIZZA, CUP CAKE, NASI, air manis, air BERGAS..saya terpaksa berhelah dengan pelbagai cara.. antaranya makan buah, minum air jus buatan sendiri tanpa gula (tembikai dah manis), teh hijau... 

b) Mahu tidur: selalu waktu pagi, waktu tidur semula selepas bangun tapi sejak nak kurus, saya terpaksa korban semua itu untuk senaman.. Paling kurang 1 jam.. Bila balik, penat dan nak tidur tapi takut kalau terlambat ke sekolah.. Tahan je perasaan tu..

c) Putus asa, kecewa dengan angka jisim: Ini paling dasyat.. Tekanan yang buat saya rasa buang masa saya berusaha selama ini ..tak ada perubahan langsung... Namun syukur, banyak bahan bacaan berinformasi tentang diet dan pengalaman mereka kurus membantu saya...buat saya kuat.. Malahan melihat orang2 sekeliling, buat saya bersemangat nak kurus macam mereka..dan akhirnya saya pujuk diri saya, SAYA BOLEH..itulah yang selalu saya buat ketika bersenam....

Alhamdulliah..
sebagai HADIAH.. saya beri diri saya


Dah lama mengidam.. Kesukaan saya tapi demi DIET, saya korbankan mereka.. Hari ini sebagai HADIAH kerana berjaya mencapai target, saya berikan 
a) NASI LEMAK
b) KUIH 
c) NESCAFE AIS 

Harapan saya.. next journey untuk bulan ke 2... saya sasarkan untuk ke angka 60 pula... doakan kejayaan saya :)

Tuesday, February 25, 2014

Hilang motivasi

Cuma tinggal 3 hari lagi untuk bulan 2 ..Ini secara tidak langsung, hanya tinggal 3 hari lagi untuk saya berjuang sebaik mungkin mendapat jisim terbaik untuk bulan pertama saya diet secara sihat..Secara jujurnya, agak takut dan berdebar juga saya mahu mengetahui keputusannya..Apakah mampu 5 kg saya dapat dalam 28 hari berdiet? Persoalan itu menghantuinya..

Namun bila tiba di kantin, saya bagaikan terlupa seketika saat genting yang berbaki 3 hari lagi.. Sejak 2 minggu terakhir ini, saya dapati disiplin saya dari soal makan dan minum agak longgar.. Sebaliknya senaman dan tidur berada di track yang betul..

Saya tidak pasti di mana hilangnya punca motivasi saya terhadap makanan dan minuman....Hari ini saya telah 'order' nescafe ais.. Padahal minuman manis saya tidak benarkan sama sekali.. Hari ini, kali kedua saya order.. Kali pertama pada 22 hb 2.. tapi itu saya boleh maafkan kerana saya perlukan 'ubat' mencegah tidur kerana saya agak kepenatan pada hari itu... Seawal 7.30 pagi saya dan seorang guru berjuang membuat jadual waktu sehingga ke petang.. Disebabkan saya takut saya tertidur kerana kepenatan maka saya terpaksa mengambil nescafe.... Tambah pula, pada hari yang sama, saya perlu bermalam di sekolah kerana ada kem ibadah.. Saya tahu, pada sebelah malamnya, ada ceramah .. maka disebabkan nak dengar dan tak nak tidur, saya terpaksa mengambil jalan ini...'

Tapi untuk hari ini, saya 'kecewa'... Kenapalah saya tidak kuat ??? Mungkin tengok minuman yang dipesan rakan sekerja, membuatkan prinsip saya tergugat..Sebab itulah saya tidak mahu ke kantin, prinsip saya mudah goyah.. Namun saya sudah buat eksperimen.. Kalau saya tidak pergi ke kantin untuk ambik makanan 'berat' seperti mee, bihun pada waktu rehat... pasti malam, saya akan makan dengan banyaknya dan inilah bahayanya...Jisim mudah naik kerana saya makan kerana lapar, sedangkan waktu malam...tenaga yang sedikit sahaja yang saya gunakan.. Lebih bimbing, saya cepat tidur.. Kdang2 pukul sembilan lebih, mata sudah mahu tidur.. Kalau saya makan berat.. bayangkan apa jadi makanan saya mkan...Mgkn jadi lemak kerana belum sempat 4 jam proses penghadaman, saya dah tidur.. Ini lagi bahaya..

Saya benar2 rindukan minggu pertama saya...Saya sangat berdisiplin dalam soal makan dan minum.. Cabarannya lebih hebat kerana pada waktu itu adalah sangat sukar untuk mengubah sesuatu yang tak pernah buat dan menyekat apa yang saya suka.. Namun saya dapati, saya mampu hadapi.. Peliknya kenapa semangat itu makin longgar sejak kebelakangan ini sedangkan saya sepatutnya telah imune dengan pantang larang dalam diet saya...



Sunday, February 23, 2014

Medical check up 1


Seumur hidup saya.. inilah pertama kali saya buat 'medical check up' atas keinginan diri sendiri untuk mengetahui tahap kesihatan saya.. Selama ini saya tak ambik peduli pun kerana 2 sebab:
a) rasa tak penting
b) takut berhadapan dengan keputusan
Maka saya tak ambik pusing hal check kesihatan ini.. Kalau pergi medical check up pun atas sebab:
 Sambung belajar
Nampak tak bertapa 'tidak seriusnya' sya terhadap kesihatan..

Namun alhamdulliah, sejak saya berniat nak kurus secara sihat semulajadi ini, makin lama jiwa saya semakin 'jatuh cinta' untuk kurus demi kesihatan..
Maksudnya di sini... saya bukan lagi melihat edisi kurus badan ini untuk kecantikan, kecomelan dan seangkatan dengannya tetapi lebih kepada faktor kesihatan..
Dahulu memang aim untuk cantik..tapi bila dah terjebak hampir 3 minggu dengan edisi menguruskan badan dan boleh dikatakan kerap bersenam di Taman Tasik, persekitan mula membentuk diri saya untuk lebih serius kurus untuk sihat.. Saya melihat rata2 yang pergi berjogging, semuanya boleh dikatakan kurus dan ada jisim ideal dan ini membuatkan saya terfikir bertapa sebenarnya saya perlu menjadi seperti mereka, pentingkan kesihatan walaupun sudah berada dalam zon selesa nilai jisimnya..

Maka, kesempatan yang ada ketika berjogging pagi tadi...saya gunakan untuk buat medical check up... Takut pun ada juga untuk tahu keputusannya..Namun saya cuba positifkan diri untuk terima keputusan dan saya cakap pada diri saya, jadikan keputusan itu nanti sebagai guideline untuk proses akan datang

Dan dengan penuh berdebar... saya mendapat bacaannya...


jisim saya = 69.7 kg ( 1/2/2014 : jisim saya 72.7 kg)
saya perlukan  69.7-55= 14.7 kg  untuk capai BMI normal tetapi orang itu cakap, pengalaman dia yang seperti saya, elok 48 kg.. tak apa.. untuk 2 bulan akan datang, saya cuba capai 55 kg dlu.. 

Body fat rate: 42.8 ( sangat tinggi... usia saya, sepatutnya 25.4 untuk medium).. maka saya perlu berkerja keras untuk buang kegemukan ini.

% Body  water range =41.9%% ( saya masih kategori kurang air walaupun 3 liter wajib setiap hari saya amalkan) sepatutnya wanita= 50-55%
Maka saya dicadangkan minum air seawal 7 pagi.. setiap 2 jam, pastikan habis satu liter...dan berhenti sekitar jam 9 malam..

Muscle mass= 37.5

Physical ratings=3 (solidity built)
Maksdnya saya mempunyai lemak dan otot yang tinggi..Saya rasa puncanya dari body fat rate saya di atas tadi..

Basal Metabolic Rate=1283 ( jumlah kalori saya perlu ambik sehari)

Basal Metabolic Age=51 ( sangat sedih, umur saya baru 26 tapi saya punya result seperti orang berusia 51)..tersenyum dalam terkejut saya melihat bacaan ini.. tak apa, satu cabaran untuk saya..

Bone Mass= 2.3 ( bacaan ini saja, menunjukkan normal).. maksdnya, saya tidak ada masalah tulang.. kesimpulannya kandungan kalsium saya baik..

Visceral Fat=9 (Bad) saya berada dalam rate bad iaitu 9-12.. saya perlu berusaha untuk medium (5-8) sebelum excellent (1-4)...

Kesimpulannya.. lemak saya masih tinggi dan saya perlu bekerja keras lagi untuk senaman dan pemakanan..

Untuk mingu ke 4 iaitu minggu terakhir bulan pertama saya dalam proses kurus badan, saya berharap dapat capai impian saya untuk:

a) 67.7 kg ( 5 kg hilang)
b) BMR: 0besiti ke overweight

Doakan perjalanan saya dipermudahkan :)

Monday, February 17, 2014

Nasi

Jika ikutkan jadual dan disiplin yang saya kenakan pada diri saya.. Memang saya TIDAK BENARKAN NASI dalam menu saya.. Bukan salah NASI tetapi salah diri saya yang tidak boleh nak kawal nafsu bila makan nasi.... Saya susah nak percaya diri saya boleh makan segenggam nasi... Memang sukar..

Saya pernah cuba untuk diet dengan makan Nasi... Beberapa kali saya cuba.. TAPI FAIL..
dan pengalaman saya BERJAYA KURUSKAN BADAN tahun LEPAS sebelum GEMUK semua adalah kerana saya TIDAK MAKAN NASI....

Bagi saya NASI umpama duri dalam daging bagi DIET saya... Nafsu makan saya sukar untuk dibendung kalau dah start makan nasi..Nasi bagi saya sangat enak dan tambah pula kalau lauk pauk yang disediakan sangat menyelerakan.. Maka keinginan untuk tambah nasi memang sangat tinggi..

Oleh itu pada 1/2/2014..saya telah meletakkan syarat ketat untuk TIDAK MAKAN NASI...

Alhamdulliah.. 15 hari saya berjaya...walaupun NAFSU makan saya tercabar dengan pelbagai menu nasi yang sangat menyelerakan seperti NASI GoREng, NASI AYAM, Dan NASI PUTIH..
Saya mampu menahan gelora keinginan untuk makan nasi dengan penuh likunya..

Pernah beberapa kali saya terasa begitu TERINGIN SANGAT nak makan NASI..Bermacam cara saya pujuk diri saya... 
salah satunya... 
Saya bisik pada diri saya, lepas DIET( 8/5/2014) makanlah apa sahaja...tapi masih control..
Saya juga cakap pada diri saya, bukan senang nak bersenam naik turun bukit...takkan tak kasihan pada badan..

Sehingga sampai satu tahap.. saya pujuk diri saya dengan AIR TEH HIJAU supaya kepahitan di lidah mematikan selera saya..

Bukan mudah orang yang GEMAR NASI seperti saya untuk mengelakkan... Cabarannya sangat perit dan pedih.. ALLAH sahaja yang tahu.. tapi kerana keinginan nak kurus membuatkan saya terpaksa..Seperti saya katakan tadi, nasi tidak bersalah.. yang bersalah adalah saya yang tak mampu untuk kawal pengambilannya.. Maka lebih baik jangan ambik..
Walaupun saya tidak ambik nasi, saya tetap pastikan karbohidrat tetap ada dalam menu saya.. Sya gantikan dengan makanan lain ..

Namun 16/2/2014 pasti saya kenang sebagai tarikh saya makan nasi.. Namun itu pun setelah saya pertimbangkan banyak perkara..

Mak saya buat nasi..



Nasi ARAB


Nasi ini setelah saya kaji, sangat berkhasiat kerana:
a) Guna beras kurang kalori
b) Minyak zaiton
c) Sayuran-sayuran
d) Ayam dipanggang..

Kelebihan ini membuatkan saya BERANI untuk makan..Alhamdulliah, saya praktikal dengan penuhkan pinggan saya dengan sayuran, sketul ayam (bahagian dada dibuang kulit).. dan barulah nasi.. (sekadr dua snduk kecil)...sperti dalam gambarajah (utk sntukan pertama) ...cukup mengenyangkan.. 

hasilnya

69.9  menjadi 70.1.. tak apalah naik 0.02, tidak terlalu menakutkan.. Tambah pula saya makan untuk makan malam.. maka logikla kalau naik sedikit kerana makanan itu sedikit berat..Biasa makan biskut..

Nilai jisim saya itu bukan hanya bergantung pada pengambilan yang saya control.. lepas makan, saya pastikan saya TIDAK DUDUK DIAM.. saya susun pakaian, gosok baju kerja, sapu sampah, kemas dapur dan membuat regangan ...ini supaya dapat tolong kurangkan kalori melalui pergerakan..
Doakan perjalanan Minggu ke 3 saya dipermudahkan...

Saturday, February 15, 2014

Bukit Larut..



Alhamdulliah.. Hari ini pertama kali dalam sejarah, saya menjejak kaki ke Bukit Larut.. Dulu hanya mengenali Bukit Larut sebagai tempat taburan hujan paling banyak.. kini saya  mengenali Bukit Larut sebagai destinasi senaman yang menyeronokkan.. 

Kalau cakap pasal Bukit Larut.. bagaimana rupanya pun saya tak tahu... Sekadar mengenali nama.. Namun hari ini semua itu berubah...Rupanya Bukit Larut adalah satu lokasi yang agak mencabar juga untuk orang seperti saya.. Memang saya dan sahabat saya berhajat untuk sampai ke station 3, kami ingat inilah station terakhir atau kemuncak Bukit Larut..


sebahagian laluan


Perasaan tak sabar membuak2 untuk sampai ke station 3... Memang agak memenatkan.. Tiba di station 1, kami berehat seketika dan sempat bersembang dengan seorang kakak.. bertanya perihal Bukit Larut.. Dia cakap, jarak station 2 dan 3 tidak jauh antara satu sama lain.. Maka kami pun bersemangat untuk naik.. Sampai di station 2, kami tidak berhenti kerana yakin pada cakap kakak itu.. Kami teruskan perjalanan..

Bagi orang baru.. memang letih juga nak sampai station 3, tambah tidak berhenti di station 2.. tapi kami bernasib baik pergi berdua..Kami tidak mengendahkan sangat kepenatan itu kerana kami berjalan sambil berborak...Tambah pula topiknya tentang KURUS.. makin semangat kami nak mendaki.. Jadi kepada yang nak ke Bukit Larut, bawa teman.. Tidaklah rasa bosan dan tertekan semasa perjalanan..kepada wanita, memang WAJIB bagi saya perlu ada teman kerana kiri dan kanan memang hutan dan kadangkala hanya kita sendirian di atas track, tambah2 bila kita di checkpoint tinggi.

Sampai di station 3.. kami yang macam rusa masuk kampung, terpinga2... kenapa masih ada laluan lagi? Kami ingat sudah tamat...kami hairan kerana ada yang masih teruskan perjalanan..Setelah berbincang, kami sepakat untuk teruskan perjalanan... 

Wah semakin tinggi, semakin sejuk walaupun pancaran matahari mula bersinar.. Kabus memang kelihatan jelas..Semakin tinggi, semakin hebat dakian dan selekohnya....Saya yang memang tidak gemar ambil air semasa senaman, terpaksa kerana terasa kekeringan.. Habis basah baju saya dengan peluh.. 

Laluan kami makin sepi daripada manusia.. Kami mula cuak.. Takut tersalah jalan..Maklumlah orang baru... Tiba2 ada sebuah jep baru turun dan berhenti...Kami ambik kesempatan bertanya, berapa lama lagi tempoh perjalanan untuk sampai ke kemuncak.. 3 jam lebih lagi, kata abang jep. Kami terpinga.. Saya spontan bercakap.. tipu neh...Abang itu membalas, betullah.. Kami berlalu.. saya dalam hati masih tak percaya cakap abang tu.. dah hampir 2 jam kami mendaki, takkan lagi 3 jam lebih nak ke kemuncak... jauh sangat ker puncak tu??

Saya dan kawan berbual soal itu sambil meneruskan perjalanan... Ternyata kawan saya pun tak percaya.. Kami mendaki dan terus mendaki.. Sunyi sungguh... laluan kami, hanya kami berdua.. Kami makin cuak... Tiba2, mataku terpandang sebuah bangunan..eh dah nak sampai ker??? aku bermonolog dengan riang...

Namun rupanya itu adalah bangunan TNB...huhu.. Kami terus mendaki sehingga akhir terjumpa sebuah bangunan yang kosong dan dalam proses baik pulih.. Confirm belum sampai kerana sunyi kawasan ini.. Kalau dah sampai mesti ramai orang...

Kami makin pelik.. Kami mulai percaya cakap abang tadi bila melihat laluan di hadapan...Lihat jam, dah 2 jam 30 minit kami mendaki..maka kami sepakat untuk patah balik kerana bimbingkan keselamatan.. Jalan makin sunyi...Tambah pula kami budak baru.. tak faham lagi laluan Bukit Larut.. Maka kami patah balik...
Kecewa juga tapi tak nak ambik risiko...

Kami berjalan turun dan kami bertemu dengan adik-adik kecil yang sedang mendaki.. Saya mengambil kesempatan untuk bertanya jarak sebenarnya BUKIT LARUT... dan daripada adik itu, barulah aku tahu makna nombor yang tertampal di batang-batang pokok.. Rupanya kami sudah di checkpoint 60.. dan keseluruhan checkpoint 100.. Maksdnya kami perlukan lagi 40 checkpoint untuk sampai ke kemuncak..Maka betullah kata abang tadi.. 

Barulah saya faham laluan BUKIT LARUT... saya ingat nombor2 itu menunjukkan jarak, manakala teman saya ingat ketinggian..Rupanya checkpoint.. Nasib baik ringan mulut nak tanya adik-adik tadi.. 

Sesungguhnya seronok mendakit BUKIT LaRut... hampir 4 jam baru kami tiba di tempat permulaan dan kami bercadang mahu pergi lagi pada masa akan datang dengan target, 70 checkpoint untuk kali kedua :)



Tips:
a) ambik sarapan pagi..
b) bawa beg galas terutama untuk simpan air (jangan minum air banyak.. tandas tak ada .. mgkn di kemuncak baru ada)
c) bawa teman ( untuk keselamatan dan teman bual)
d) bawa handphone (untuk kecemasan)


Friday, February 14, 2014

Hobi ..

Malam ni nak tukar mood sikit.. Dah lama tak ada mood nak 'jiwang' .....

Hari nak kongsi dengan sahabat-sahabat saya tentang blog saya yang baru saya up date setelah sekian lama dibiarkan sepi dek kesibukan dan kekeringan idea...

Selain berblog, saya suka menulis ... 




Oleh itu saya wujudkan satu blog 
bernama nurkilantk untuk saya share karya yang saya tulis..
Semua hasil imaginasi  dan olahan sendiri

Maafkan saya cikgu-cikgu BM.. saya bukan pakar bahasa.. 
Ayat saya mungkin tunggang terbalik....
Saya otak Sains dan Matematik.. Bidang saya ke arah Kimia dan Matematik..
Adalah sangat kontra dengan apa yang saya hasilkan..tentang bahasa dan gubahan ayat...
Oleh itu faham-faham sendirilah...Huhu..

Sekarang saya sedang up date semula novel saya... Jemput baca kisah Aniyah, Dhaniyah dan Saiful..



* Sambil layan novel... jangan lupa DIET... :)

Hari Ke 14

Hari ini genap 14 hari saya menjalani rutin seorang yang sedang berusaha menguruskan badan..

Kiranya sudahnya 2 minggu saya dalam tempoh 'berpantang'

Alhamdulliah ...masih ada semangat untuk terus berjuang meskipun kadang-kala ada rasa ingin menyerah kalah apabila melihat tiada perubahan...

Siapa tidak sedih kalau apa yang kita hajatkan tak berjaya... Saya juga begitu..Hampir putus asa dan mengalah...

Minggu pertama ... dugaan datang bertimpa-timpa.. Stamina saya boleh dikatakan berada di tahap zero.. Nafsu makan saya pula di tahap maksimum.. Dua keadaan membuatkan jiwa saya memberontak.. Tambah pula apa yang saya suka makan tidak boleh sama sekali disentuh kerana jika saya sentuh, saya berada dalam ZON BAHAYA... iman saya tak kuat.. Takut nak makan sikit jadi sebaliknya.. Maka lebih baik tak payah makan...Maka saya bertarung dengan dua keadaan itu.... Tingkatkan stamina dan kurangkan makan...

Punca utama buat saya macam rasa tak berbaloi dan mahu putus asa meneruskannya adalah senaman... Perkara ini berlaku bila tiada perubahan pada dirinya saya... Rasa macam penat je buat tapi tak ada apa-apa.. Kemudian mulalah fikir, baik aku makan je ...Tak berbaloi elak... 

Semalam cerita sedih berlaku lagi ...saya tahu nilai 6 masih belum stabil dalam diri saya tetapi tidaklah saya sangka begitu teruk sekali timbangan jisim saya untuk semalam yang saya timbang pagi tadi... nilai 70.8 agak memeranjatkan saya..

Berkerut dahi saya melihat angka tersebut.. Rasa kecewa usah dikata...Hati saya tertanya-tanya kenapa teruk sangat.. Naik 1 kg...Rasa tak berbaloi apa usaha saya selama ini... Kecewa sangat...

Namun syukur, ada ransangan dan semangat datang di saat saya mahu mengalah..
Saya percaya.. pasti ada hikmah dan menganggapkan ini sebagai sesi PdP untuk diri saya.. 

Saya cari kelemahan hari semalam dan  saya senaraikan sebagai satu peringatan untuk diri saya supaya tidak mengulanginya..

a) Ambik sarapan pagi sebelum jogging..(semalam terlupa bukan tak nak)
b) Jogging dengan pantas (kesilapan semalam, saya berjalan macam pergi bersiar-siar kerana takut pengsan sebab tak ambik sarapan)
c) Minum Teh Hijau awal ( Malam baru ambik kerana tertinggal bekas air dalam kereta)
d)Ambik sedikit aje untuk makan malam (makan bihun sup+murtabak+apam balik+kacang-makan keterlaluan)
e) Makan perlahan-lahan (makan laju sebab kelaparan.)
f) Berminyak (minggu neh saya kerap makan yang berminyak)

Maka saya cuba belajar dari kesilapan itu... Awal pagi ini saya ambik biskut dan sedikit air.. Masa mula senaman rasa pening sedikit tetapi sebab dah ambik biskut saya rasa yakin sedikit untuk teruskan.. dan saya dapati jika kita tidak terlalu melayan kerenah badan yang cuba nak mengelak.. kita sebenarnya boleh buat .. Sya buat eksperimen pada diri saya.. Mula2 panjat bukit..kepala rasa macam tak stabil seperti semalam tapi saya fikir saya dah makan, maka saya teruskan dengan kepantasan maksimum semasa berjalan dan ok je.. Makin cergas lagi adalah...

Saya percaya.. Kekurangan dan kelemahan yang berlaku pasti ada hikmah yang mahu melatih diri saya supaya lebih gigih, kuat,sabar, dan displin...

Insya ALLAH saya akan terus berjuang..Doakan untuk saya..



Thursday, February 13, 2014

Hadiah Pertama

Semalam tanggal 12/2/2014 maka genaplah 12 hari saya menjalani hidup saya sebagai orang yang sedang berusaha keras untuk kuruskan badan secara semula jadi..

Alhamdulliah.. matlamat saya sudah tercapai.. untuk mendapat jisim 69.9 paling maksimum..
Syukur kerana impian saya tercapai...

pada  12/2/2014 jisim saya pada awal pagi mencatat 69.6 kg.. Saya cukup teruja melihat angkanya.. Namun saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan angka itu kerana saya sedar ini baru hari pertama angka 6 di hadapan terbit.. Maka saya perlu  berwaspada kerana nilai 6 itu masih 'hijau' dalam hidup saya ...Apa-apa boleh berlaku.. Ya, tekaan saya betul...

pada 13/2/2014 ..penimbang mencatatkan 69.8 kg... kenaikan 0.02 kg.. Saya tahu apa puncanya..Semalam saya makan agak banyak mee yang sepupu saya bawa balik dari kampung.. 2 kali saya tambah ...maka kesannya jelas pada hari ini.. dan sebagai HADIAH, saya DENDA diri saya buat EXTRA naik bukit 6 kali...jika tidak biasanya 5 KALI sahaja.. 

Namun dalam pada itu, saya tetap berpuas hati kerana aim saya adalah mencapai sekurang-kurangnya 69.9 kg dalam tempoh 14 hari ..saya rimas tengok angka 70 ke atas.. Semak rasanya..

Syukur.. impian saya tercapai sebelum DUE DATE.. saya capai 69.8 kg setakat hari ke 12...
Maka sebagai HADIAH.... saya beri diri saya sebiji BANTAL TRAVEL yang dah lama saya nak .... 


Bantal ini saya akan jadi BUKTI dan AMARAN untuk diri saya bahawa bukan mudah untuk mncapai angka 6..Semoga TIADA lagi episod angka 7 dalam hidup saya.. Amin..bye2 7

Matlamat seterusnya saya nak capai BMI overweight... Jika sekarang saya obesiti, maka saya akan berjuang untuk overweight.. Saya sudah membuat pengiraan.. untuk mencapai nilai itu, saya harus mencapai nilai jisim sekurang-kurangnya 67 kg...

Maka saya akan terus berjuang untuk misi seterusnya.. Doakan saya mampu menggapainya...:)


Tuesday, February 11, 2014

Komen Pertama


Jika kira balik dari kalender.. Hari ini secara rasminya genapla 11 hari saya DIET.. Maka 11 hari hidup saya penuh pantang larang...Pantang larang yang saya cipta dengan bermatlamat dalam tempoh 3 bulan, saya dapat capai jisim saya 55 kg dari nilai asal 72.2 kg.. Doakan ya :)

Target pertama saya mahu sekarang dalam tempoh terdekat adalah jisim 70 ke bawah.. Kalau 69.9 pun kira saya dah mencapai matlamat pertama saya..Amin.. Saya akan bekerja keras ke arah itu...

Berbalik kepada tajuk asal.. Hari ini dalam sejarah saya menerima 1 komen positif daripada rakan sekerja saya.. dia kata saya nampak kurus.. Saya mulanya ketawa sebab fikir dia sedang bergurau kerana dia memang suka usik saya..Tambah pula sebelum topik ini dibuka, dia ada usik saya tentang soal jodoh saya... Saya ingat dia mahu terus panjangkan gurauannya itu...Saya pun ketawa je sambil melihat PBS pelajar....

Namun ... dia sekali lagi mengulang ayat sama...dengan penuh tegas....eh betullah you nampak kurus (lebih kurang macam tu lah ayatnya)....Saya tersenyum walaupun hakikatnya saya rasa perut saya masih BOROI...

Mungkin pandangan orang berbeza.. Bagi saya, saya masih rasa GEMUK sbb kebuncitan yang masih terserlah walaupun isinya sudah padat dan tidak menggelebeh macam dulu..

Apa-apa pun saya jadikan kata2 itu sebagai semangat dan saya akan terus berjuang untuk dapatkan matlamat dan seterusnya mahu buktikan.. Saya boleh KURUS DENGAN SEMULAJADI...

Cerita Maggie Goreng + Cup Cake

Hari nak berkongsi cerita malam semalam.. Kisah maggie goreng dan cup cake yang hampir mahu menggadai diet saya.. 


Kisahnya bermula dengan maggie goreng.. Sampai di rumah sekitar 7.15 malam disambut dengan aroma bau makanan yang sangat sedap.. Dengan keadaan penat baru balik dari kerja, selera makan makin melonjak ... Masuk saja dapur, angkat penutup kuali.. hmm 



MAGGIE GORENG...

Memang mencabar sungguh .. Tambah pula kalau abah yang buat.. saya memang suka kalau maggie goreng keluaran abah neh.. tidak berminyak dan enak.. Selalu time sebelum diet memang sentiasa request abah masak maggie goreng.. ahaha..

Kebetulan abah masak 4 bungkus kerana abah ingat sepupu ada di rumah tapi abah terlupa esok( hari ini, SELASA) sepupu cuti berkerja..maka kuantiti 4 bungkus memang TERLAMPAU banyak untuk 3 orang.. Selalu abah masak 3 untuk makan berempat.. Mungkin dia tengok selalu tak cukup kerana sepupu pun suka maka dia pun masak lebih semalam.. Namun malangnya tersalah hari..Maka bertimbunlah Maggie Goreng dalam kuali...

Saya mula berbolak balik.. Saya tengah DIET.. Macam mana neh??? Mesti abah sedih tengok masakan dia tak habis (walaupun abah tak pernah tunjuk pun tapi kalau kita masak tapi tak habis, apa kita rasa???) So saya dalam dilema yang sangat maksimum... Hati saya dah berbolak-balik...

Lebih perit .. mak bawa balik ..


CUP CAKE

Sungguh...sangat berat semalam... Cup cake coklat memang kesukaan saya.. Tambah pula inilah yang menghantui DIET saya ...Memang saya nak sangat...Tetapi saya teringat SYARAT dalam DIET saya.. TAK BOLEH MAKAN MANIS kecuali original sperti JUS BUAH TANPA GULA....

Dilema..dilema.. saya dah terfikir...CHEAT DAY...Hari OFF DIET.. Maka bolehla saya membahamnya..Namun saya teringat PENAT saya BERSENAM selama SEJAM ... Ahh...memang Memberontak hati saya semalam.. Antara DIET dan CHEAT DAY...

Maggie-Abah.. Cup cake- Mak.. Lagi buat saya serba salah.. Dua2 makanan disediakan oleh orang saya sayang..Terharu tau kalau balik2 dari kerja ada makanan tersedia.. Syukur sangat tapi masalahnya saya DIET.. Malam pula tu.. 

Fikir punya fikir... Saya DIET ..Saya Diet.. Maka saya buat SOLUSI... Saya senduk MAGGIE dalam bekas..dan cakap kat abah, esk tak payah masak pagi dan tengah hari... Makan nie je.. Dalam kuali untuk abah dan mak.. aahahaha.. tektik nak mengelak makan banyak.. Alhamdulliah mendapat kerjasama baik daripada abah ...Abah siap tanya seblum tidur, dah simpan MAGGIE dalam peti sejuk ker?? hihi :)  

Selesai masalah MAGGIE.. sekarang cup cake.. Mak cakap cup cake sedap.. Tengok pun memang sedap.. Ada dua berbaki atas meja.. Tahu mak tinggalkan untuk anaknya ini.. Siapa lagi yang makan selain anak dia neh yang saja ada dalam rumah....Abah memang tak la.. Dia memang tak suka benda2 sweet2 neh.. 

Buntu.. saya sangat buntu.. Nak buat macam mana nak mengelak.. Mak suruh makan.. saya dengan berat hati kata saya DIET ... mak kata rasa je.... mak pun suap sesudu.....(tak minta pun ...) tak nak mak sedih.. nganga juga... Hmmm sdpp... maka saya berborak dengan mak tentang cup cake tu sehingga mak habis menelan semuanya.. ahaha..Selamat....Tinggal lagi satu, saya cepat2 masuk dalam peti sejuk.. Bahaya kalau depan mata.. Iman tak kuat...

Itulah cabaran saya semalam.. Bagi saya laluan untuk berjaya bukan mudah.. Kita pasti diuji dan kita perlu kuat berhadapan dengannya...Semoga saya mampu bertahan untuk dalam perjalanan MINGGU ke 2 neh....




Sunday, February 9, 2014

10 Makanan Yang Membakar Lemak


Petua Kesihatan:

Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak

1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .

2. Telur:
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .





6. Madu:
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) :
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.

Jika sayang share yer pada kawan-kawan..Dr Giena Hadi

Minggu pertama..

Rata-rata yang saya baca pengalaman menguruskan badan secara semulajadi mengambil TEMPOH MASA .. Hal ini membuktikan tiada keajaiban kurus dalam tempoh yang singkat..

Pengalaman saya: Ya saya bersetuju.. Semasa saya menjalani sesi menguruskan badan...saya perlukan masa lebih kurang sebulan untuk lihat perubahan diri.. Mulanya agak kecewa bila  tiada apa2 atau jisim macam yoyo...Namun nasib saya begitu baik kerana semangat saya pada ketika itu sangat kuat untuk menguruskan badan dan menjadi semua itu sebagai cabaran.. Hasilnya ternyata lumayam.. Namun sayangnya saya tidak konsisten selepas due date tersebut.. Akibatnya sekarang saya terpaksa bermula dari bawah... Namun saya optimis untuk pengalaman kedua ini.. Saya cuba jadikan pengalaman pertama sebagai semangat untuk episod kedua sesi menguruskan badan...

Memang saya akui amat perit untuk memulakan semula ... Perjalanan terasa sukar.. Tempoh seminggu (1-7 haribulan 2) memang penuh ranjau berduri dalam saya bergelut dengan pelbagai nafsu seperti lapar, malas, kemahuan melampau terhadap makanan...Hari pertama dan kedua, emosi saya agak tidak stabil dalam bab makan.. Cabaran air susu, nasi ayam dan nasi goreng cuba menggugat iman saya.. Jika tiada ksabaran, sudah lama saya membahamnya.. Hari ketiga saya diuji dengan air kesukaan saya iaitu air TEH O AIS.. Sabar ajelah tengok air tersebut dalam peti sejuk...Hari keempat, sekali lagi nasi goreng menjadi ujian saya.. Saya tengok dan berpaling tatkala mengingatkan matlamat saya untuk kurus... Hari seterusnya Pizza HUT and the geng.. Ikut nafsu makan, memang teruk saya kerjakannya ... Tambah pula ada speggeti kesukaan saya.. Namun saya pendamkan dan beralih dengan minum teh hijau untuk menghilang nafsu saya.. Memang perit cabaran yang terpaksa saya lalui dalam tempoh seminggu ini.. Kalau tidak kuat matlamat, memang tergadai diet saya.. ..

Namun kejayaan tersebut, masih ada lompongnya... Paling ketara waktu makan pagi dan malam serta waktu tidur... Kelewatan makan pagi (sekitar jam 9-10 lepas senaman) dan malam (sebelum pukul 9) membuatkan saya rasa kadar metabolisme saya mungkin terganggu di waktu pagi manakala makan malam pula agak lewat  mungkin mnjadi faktor kesukaran jisim saya menginjak turun.. Maka saya sudah merancang strategik untuk mengambil 1 keping biskut oat sebelum pergi bersenam.. Walaupun sedikit tetapi sekurang-kurangnya metabolisme saya bekerja awal..Manakala waktu malam, saya akan cuba sebaik mungkin untuk makan sebelum pukul 8 malam kerana saya sedar pulang dari tempat kerja pun dah nak dekat 7 lebih. Belum dikira soal mandi dan solat lagi...namun saya akan cuba seboleh mungkin makan sebelum pukul 8 malam....Kenapa saya bersungguh?? Melalui pembacaan saya, makanan mengambil masa 4 jam untuk dihadam.. Kalau saya nak tidur pukul 12, maka memang selayaknya saya perlu makan sebelum pukul 8 mlam kerana pada pukul 12 perut saya sudah stabil  dan ini ternyata betul melalui eksperimen saya semalam..Saya rasa pagi ini perut saya lebih ringan...

Selain daripada itu, saya dapati bahawa saya perlu minum TEH HIJAU sekurang-kurangnya  3 kali sehari.. Kesibukan masa minggu ini membuatkan saya minum TEH HIJAU paling kurang 1 kali.. kadang2 ada tak minum... Saya dapati selera saya bertambah dan bdan saya agak lemah..maka saya perlu lebih tegas dalam hal ini..

Perkara seterusnya soal senaman... Memang saya sudah tanamkan matlamat untuk senaman setiap hari tetapi  takdir ALLAH mengatasi segala-galanya.. Masalah tidur membuatkan saya perlu memperuntukan satu hari untuk memperbaiki tidur saya.. Kemudian, minggu ini banyak latihan awal pagi di sekolah seperti latihan merentas desa dan hari merentas desa.. Segala-galanya ini telah mencuri masa senaman saya.. Namun saya optimis..mungkin minggu ini saya kurang bernasib baik.. Maka peluang untuk minggu seterusnya harus saya pergunakan sebaiknya.... Bagi saya yang sudah biasa senaman naik turun bukit, saya berasa kepuasan bila berpeluh dalam tempoh sejam..Maka bila tidak pergi...saya rasa macam hidup tidak lengkap... Alhamdulliah hari ini saya berkesempatan untuk pergi selama sejam lebih...

 Syukur tak terhingga saya pada ALLAH kerana memberi saya kekuatan sampai ke hari 7 untuk bertahan ....Kelebihan dan kelemahan akan saya jadikan panduan untuk minggu seterusnya..semoga perjalanan seterusnya penuh cerita riang.

Friday, February 7, 2014

Kepentingan tidur

Saya mendapati banyak masalah yang saya perolehi akibat kurangnya tidur dan saya tahu tidur yang lewat tidak elok untuk kesihatan tetapi bagaimana tidak elok itu masih samar dan kurang jelas.. Hal ini menyebabkan saya sering ambik mudah hal berkenaan tidur.. Namun sejak beberapa hari ini, saya sering stress, penat, malas, hilang fokus serta mengejutkan jisim saya seakan meningkat... Signal ini membuat saya bagai tersedar... Saya perlu cari kefahaman secara saintifik supaya saya lebih berjaga-jaga dalam soal tidur... Saya percaya.. Kurus secara semulajadi bukan sahaja bergantung pada elemen pengurusan makanan dan minuman serta senaman tetapi juga rehat yang cukup (termasuklah tidur)... tiga komponen ini nadi secara saintifik untuk kurus dengan cemerlang.. Maka tanpa bertangguh saya membuat kajian dan saya menjumpainya.. Terima kasih tuan punya blog atas izin saya share ilmu ini.. Semoga saham pahala ini membantu anda di dua alam yang bakal kita sama-sama lalui kelak...

Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam se malam berisiko mendapat banyak penyakit. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Mungkin ini adalah salah satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit sekarang ini.
Di antara kebaikan cukup tidur ialah:
1. Jantung sihat
Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.
2. Mencegah kanser
Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.
3. Kurangkan stres
Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.
4. Kurangkan keradangan
Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.
5. Menyegarkan badan
Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.
6. Menguatkan ingatan
Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.
7. Membantu menurunkan berat badan
Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.
8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif
Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam kerana ini adalah amalan sunnah Rasullulah SAW sejak 1434 tahun yang lalu, bagi mengembalikan tenaga.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” (HR Ibnu Abbas)
Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya, contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewasa yang tidur sebentar waktu siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam.
9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)
Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.
10. Membantu memperbaiki sistem badan
Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.

*saya betul2 copy paste kerana infonya sangat bermanfaat dan jelas..thanks tuan blog...