Friday, January 31, 2014

Esok bermula satu kembara baru..

Esok bermula satu kembara baru dalam menuju destinasi baru ... Semoga keinginan yang membuak2 di dada ini dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.... Tip untuk diri:

a) Kena kuat semangat.. 

Macam2 dugaan akan terhidang di hadapan mata.. Makanan enak.. Perasaan kurang yakin ... Ajakan sahabat untuk. Jamuan.. Semua itu satu cabaran yang memerlukan kekuatan yang luar biasa.. Pejam mata ingat azam ...mesti kuat semangat.. Tiada jalan pintas untuk mendaki ke puncak.. 

Jika sesorang ajak makan di luar diet, beranikan diri untuk berkata 'saya sedang diet' walaupun permulaan agak berat untuk melontarkannya kerana dihambat rasa tidak yakin, bolehkah aku terus konsisten dengan diet aku??? Buang persoalan itu dengan menanam keyakinan saya boleh konsisten diet!!.. Dengan ini kita terlepas satu halangan iaitu terpaksa korban diet sebab kawan mahupun keluarga..

Jika ada jamuan.. jangan cepat melatah dengan kata2.. habis diet aku.. hari ini je.. Jangan!!.. Teruskan kuat semangat.. pilih makanan yang berada dalam plan diet.. anggap tidak nampak makanan yang diluar diet terutamnya nasi..

b) Pastikan cara corak pemakanan dan minuman..

Elakkan:
-minum manis dan bergas
-jajan
-makan terlalu berminyak
-nasi
-makan berat atau lewat malam

Banyakan:
-buah-buahan
-oat
-minum air masak ( 3 liter sehari)

c) Amalkan cara hidup sihat

Lakukan
-senaman ( 1 jam sehari)
-tidur awal dan bangun awal
-bergerak selepas selesai makan.